✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, March 14, 2013

Hospital nafi kecederaan akibat kecuaian




Kota Bharu: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) menafikan penyebaran gambar seorang bayi lelaki berusia 19 hari yang mengalami kecederaan di kaki kanannya di Facebook berpunca daripada kecuaian jururawat.

Sebaliknya kejadian itu berlaku selepas bayi berkenaan yang dimasukkan ke dalam kubikal untuk rawatan penyakit demam kuning itu cedera apabila tiub wayar darah di kakinya tercabut kerana mengerakkan kakinya.

Ketua Pengarah HRPZ II, Datuk Ghazali Hasni Mat Hassan berkata akibatnya kaki bayi berkenaan mengeluarkan sejumlah darah yang banyak.

Mengenai gambar yang disebarkan, Ghazali berkata gambar berkenaan diambil seorang penjawat awam yang melawat hospital itu dgn telefon bimbit.

Katanya gambar berkenaan dihantar kepada suaminya sebelum disebarkan.

Susulan daripada kejadian itu pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut terhadap kejadian itu sebelum mengambil tindakan lanjut.

13 comments:

Farah Waheda Wahid said...

x sanggup nak tengok gambar ni pun... hu hu hu...sedih jer rasa...

Semu@ R@s@ said...

takkan nk salahkan bby tu yg xtau pe2..xkan la xda wat pemantauan dr staf2 yg tgh btugas...

✸Maizatul Nurirwane Idr✸ said...

Berita ni paling hot sekarang, kesian tengok :(

yana aina said...

fuhh...ngeri tue!!

ANa Ahmad said...

banyak tu darah keluar,,hmm

deno said...

deno rasa yang tercabut tu branula, jarum yang biasa digunakan untuk masuk ubat.. deno dulu masa warded pernah tercabut sbb banyak gerak, memang berdarah banyak sbb branula tu dicucuk ke dalam salur darah kan.. btw, harap baby2 tu takde apa2...

Khairul Zamri said...

macam-macam berlaku now.

Harith Iskandar said...

penting cara jawapan nurse tu..mcm tak bertanggungjawab..sepatutnya dia boleh jwb dgn cara yg baik dan berhemah..bkn dgn cakap 'kalau xsuka bla bla bla mcm tu'
itukan nmpak mcm lepas tangan je.bila org komen dorang marah...tp itulah realitinya bila di hosp. kerajaan walaupun xsemua bersikap mcm tu.
pendapat sy saja...

Hanif Idrus said...

Nasibbaik sempat amik gambar..
Kalau tak ..sonyap ajer..

ct siti said...

anak teacher sy meninggal beberapa selepas lahir sebab kecuaian. ad bubble udara dalam tiub yg cucuk dlam bdan baby tu..

Mime MF said...

darah yg byk keluar tuh yg tak sanggup nk tgk..sedih..cian baby~

Afie Qaisarah said...

kesiannye..

sa mic said...

aiyooo, haha alahai seksa

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com