✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, March 15, 2013

Ibu Nafi Berlaku Penderaan Bayi di Hospital Kota Bahru




KOTA BHARU- “Saya tahu bagaimana keadaan anak saya. Apa yang disebarkan melalui laman sosial facebook kelmarin bukan gambaran sebenar seperti yang berlaku terhadapnya,” kata ibu bayi yang didakwa mengalami kecederaan di kaki kanannya, Nurul Wahidah Zulkarnain, 18, ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.

Gambar bayi lelaki seberat 2.7 kilogram, yang menerima rawatan di HRPZ II, akibat masalah jaundis (demam kuning) itu, tersebar di laman sosial berkenaan dalam keadaan yang menyayat hati dengan matanya tertutup serta kaki kanannya yang berdarah dan menitis di atas tilam semasa di tempatkan dalam katil khas ketika menerima rawatan di hospital, menyebabkan ramai yang melemparkan tohmahan negatif terhadap pihak HRPZ II.

“Saya dan suami, Mohamad Saiful Naaian, 22, hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan mengenai penyebaran gambar anak dalam lama facebook, melalui Pegawai Perhubungan Awam hospital, Zaid Ahmad dalam keadaan kaki kanan anak sulung yang berdarah.

“Selepas mendapat penjelasan pihak hospital, kejadian berkenaan tidaklah berlaku seperti apa yang dilaporkan dan tiub yang digunakan untuk mengambil darah di kaki kanan anak tercabut namun hanya berlaku sedikit pendarahan dan segera dibersihkan oleh kakitangan hospital,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan berkata, kejadian itu  tidak menjejaskan keadaan bayi malah dia juga tidak mengalami kecederaan, namun ia telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai merupakan seorang penjawat awam, sehingga mengundang persepsi negatif kepada hospital.

“Saya menegaskan di sini, kejadian bayi lelaki berusia 19 hari yang mengalami pendarahan di bahagian kaki kanan kira-kira jam 6.30 pagi semalam (kelmarin), selepas saluran tiub untuk diambil darahnya tercabut ketika menerima rawatan di hospital ini dan disebarkan melalui facebook bukan berpunca dari kelalaian kakitangan hospital.      

“Dengan penjelasan ini, saya berharap masyarakat mendapat gambaran jelas tentang kejadian sebenar yang berlaku di hospital dan mengharapkan agar pihak berkenaan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan gambar bayi itu tanpa mendapat keizinan pihak hospital,”katanya.

Kelmarin, laman sosial facebook ‘neposan’ menjadi perhatian umum, apabila gambar bayi itu tersebar dan mendapat kecaman ramai.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddian Abdul Rahman berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan namun akan bertindak sekiranya kejadian itu dilaporkan kepada pihaknya.

14 comments:

dEdEQ dE wIshEs said...

MCAM2 LA SKNG NI .. HAISH .. SEBAR BERITE PALSU .. ADOI

✿ pink velvet ✿ said...

zaman skrg nak pecaya pape news pon dah takut, sume nak buat cerita palsu je manjang, haish~

Mimie Najib said...

aduhai..napa la sebar berita tnpa tnya ibubapa bby ni dulu..kan semua orang dah salah pham.. =__=

Mayang ABDUL RAZAK said...

akak pun dah salah faham

Farah Waheda Wahid said...

begitulah kisahnya... siapa yang sebarkan gambar tu jawabler ....

Afie Qaisarah said...

Siapalah yang buat cite palsu tu...

Miss Eunice said...

ye je? maybe hospital nak cover? haha. whatever laa..asalkan baby selamat. :)

Hasri Anis said...

siapalah insan yang sebarkan berita yang tak sohih tu ...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

mcm2 skrg ni... hmmmm

kebaskaki said...

ni pun salah anwar..haha

sa mic said...

haih siapalah yang tak berkemanusiaan sebar gambar2 cegeni

Nadia Johari said...

keburukannyer orang lain akan anggap pihak hospital x jalankan kerja..tapi kebaikannya pihak hospital xkan wat kje sambil lewa..yela takut jadi macam ni..hehe

Shida Radzuan said...

teruk juga isu ni...

ANa Ahmad said...

darah jenis ape ni ye?

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com