TERKINI ! PERGERAKAN TENTERA NASIONAL INDONESIA (TNI) YANG LUAR BIASA DI PERAIRAN NUNUKAN-TAWAU KAPAL PERANG INDONESIA BERSIAP SIAGA DI PERAIRAN NUNUKAN & TARAKAN BERDEKATAN BANDAR TAWAU DAN SEMPORNA PERkembangan terkini pencerobohan pengganas Sulu kini merebak ke negara Indonesia. Residensi Nunukan dan Pulau Sebatik yang bersempadan dengan Tawau, Malaysia kini di penuhi pasukan tentera Indonesia.
Armada Kapal-kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut berlabuh dengan ketumbukan tentera Indonesia ditambah di sepanjang sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina. Rakan-rakan yang baru balik dari Residensi Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di wilayah persempadan Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera yang tidak seperti hari-hari biasa. Mereka mendapat maklumat, pergerakan ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak Tepat turut dibawa bertujuan untuk mengawal perairan Indonesia daripada dimasuki oleh pengganas-pengganas Sulu ini.
Nampaknya, saki baki pengganas Sulu ini tidak dapat bergerak lebih jauh. Mereka terpaksa mengharapkan paya bakau dan bukit bukau di ladang sawit untuk bersembunyi dan bergerak dalam kumpulan yang kecil. Perairan menuju ke pulau-pulau berhampiran di sempadan Filipina sudah di kawal ketat.
Kini, perairan Indonesia pula dikawal oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) laut dan darat. Raja Azumuide dan kumpulannya hanya ada satu pilihan...Menyerah tanpa syarat! - Kedahkini.
8 Sila Komen:
hebat...yah go.wahai pejuang!!!hapuskan la pengganas..matikan la niat buruk pengganas!!!we will support u alls....doakan yg terbaik
Harap2 ALLAH bg balasan juga dgn anasir yg rosakkan negeri kita ni kan kak.. sedih.. lama lg dpt balik sabah..
hah..padan muka
semua inginkan keamanan
hah, menyerah sajelah wahai pengganas.
uihh naa amek skli kapal besar da dorang hantar haha... :D
sangat menyeramkan. tapi hebatnya kapal. semoga tiada lagi yg menjdai mangsa akibat pengganas sulu ini. :)
uittt.. mantappp..
Post a comment