Promosi My Favourite Perfumes Puasa 2014

✿Baca Entry Yang Lepas✿

✿Iklan Terbaik !! Jom Terjah !!✿

 photo antivirus_termurah_zpsde17c886.gif  photo antivirus_termurah_zpsde17c886.gif

Friday, March 1, 2013

Lahad Datu: Dua komando polis maut terkena serangan mortar


Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata  dari selatan Filipina, di sini hari ini. 
    
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
    
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke
dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
    
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan
Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
    
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

7 comments:

zulaika zulkifly said...

aishh , takutnya , kak uzu ! sebenarnya apa yg jdi kt sabah ? tak fahamla ..

Mrs Velentine said...

semoga semuanya selamat..al-fatihah buat yg terkorban

:: Mrs.Eady :: said...

Allah..

Mas Zull said...

assalamualaikum uzu...takutnya...:(

Solehah Shamsuddin said...

ishh kenapa dyorg serang ni? adakah disebabkan salah Malaysia juga?

ahmad albab said...

kpada saudara islam ku d semenanjung...
doa kan kmi d sabah slamat....

Nadia Johari said...

al-fatihah..