Agak sebak membaca cerita ini :'(
Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.
Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..
Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.
Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.
Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.
Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diurunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.
Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.
Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!
Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb
31 Sila Komen:
Sedih baca...
Allah sajalah yang dapat balas semua yang pertaruh nyawa di sana...
masyaallah... sungguh zalimnya mereka.. sungguh sebak membaca entry ini..
al-fatihah .
Allah maha besar semoga Allah sahaja yang dapat membalas kekejaman mereka
sedihnya baca..mmg xde hati perut!
cerita ni memeng betol.. sbb bapak aq dah ngk dah video nye memang sungguh kejam dan jahil pengganas2 tu..!!
Ya Allah kejamnya!!! Tak sanggup nak bayangkan!! :(
Ya Allah, sebak bace ksah ni . .
kejam yer...hanya Allah mampu membalas perbuatan mereka...takziah bt perwira negara.moga mereka berada di kalangan para syuhada..amin..
Kasihan pd mereka semua...semoga Allah mengampunkan dosa2 mereka dan menempatkan mereka dikalangan org2 yg beriman...semoga matinya mereka sebagai mati syahid...Allahuakbar...
Hanya Allah sahaja yg menghitung. Semoga roh perwira kita dibawah rahmat dan kasih sayang Allah dan Rasul Junjungan.
Mereka-mereka yang berjuang dan terkorban demi agama dan negara,moga tergolong dlam kalangan insan yang diredaiNYA. Dan syurga tempat mereka,amin :)
Salam.. bru 1st singgah sini :)
Al-fatihah...
Allahuakbar..Kejamnya..Ya Allah, bantulah pejuang2 negara kita di sana. Moga di permudahkan urusan mereka untuk menentang musuh negara.
Sedih baca entry ni...Al Fatihah kepada wira-wira kita yang terkorban...moga Allah permudahkan urusan perjuang kita yg lain.
begitu besar pengorbanan mereka.. dan xsepatutnya ada segelintir manusia yang memperkotak katikkan pengorbanan itu. semoga Allah merahmati mereka semua....
astaghfirullah..dasatnya dyorang...smp hati ye..:'(
semua ini pernah berlaku di Bosnia Herzegovina, di Palestin, di Iraq, di Kalimantan dan baru2 ini di Syria.
semoga kita lebih bersyukur dgn negara yg aman dan termasuk juga pihak pembangkang yang masih berpegang kuat pada keamanan.
baca ni pun ngeri... apatah lagi org yg melaluinya... org yang berkata semua ini sandiwara itu memang bodoh! sama2 kita doakan mereka... T_T
al - fatihah
Zalimnya mereka!!
Al fatihah buat semua perwira negara. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin
al fatihah pd mereka yg tlh terkorban
sebak sy bc sis
alfatihah utk perwira negara yg terkorban,
sedihnya baca, pengganas mmg kejam!
:'(
al-fatihah ;') , semoga mereka tenang di sana
benci sgt100x kat org Sulu >.<
menangis ni
astaghafirullahilazim -
cheery ada baca.kesian kan..tak sangka ada yg sekejam tu
sebenarnya kejadian ni yg di Semporna, bukan di lahad datu.....
meremang bulu roma
Post a comment