✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, March 4, 2013

Penceroboh Tetap Berdegil Ingin Menuntut Sabah !



MANILA 3 Mac - Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu, hari ini berkata, pertempuran di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan 14 pengikutnya yang menceroboh Sabah tidak akan mematahkan semangatnya untuk berjuang bagi menuntut haknya.

Beliau berikrar untuk terus berjuang menuntut haknya ke atas Sabah, meskipun Manila terus mendesak supaya pengikutnya berundur tanpa syarat dari bumi Sabah.

Mereka bersedia untuk mengorbankan nyawa dalam menghadapi serangan pasukan keselamatan Malaysia, katanya kepada pemberita di sini.

Kumpulan penceroboh itu diketuai oleh adik Jamalul Kiram.

Jamalul Kiram berkata, beliau bimbang keganasan di Sabah akan merebak kerana ramai rakyat Filipina, terutama pengikutnya di selatan Filipina sedih atas kematian keluarga mereka dalam serangan di Lahad Datu.

Anak perempuannya, Puteri Jacel, pula menyeru rakyat Filipina supaya bertenang dan menegaskan bahawa Kesultanan Sulu tidak akan berundur dan akan meneruskan perjuangan untuk menuntut Sabah.

“Ia melibatkan maruah kami," katanya kepada pemberita.

“Kami tidak akan berundur begitu sahaja, kerana kami berjuang kerana hak kami dan perjuangan ini adalah demi hak kami dan demi kebenaran." katanya kepada wartawan Associated Press, Jim Gomez di Manila.

18 comments:

Afie Qaisarah said...

teruskan perjuangannn...

UniMeOw said...

uni sayang sabah...(wpun uni org kedah)

sob3..jgn la amek sabah.. (Y_Y)

ANa Ahmad said...

batak betul pengganas ni kan hmm

Si Gadis Blogger said...

xhabis2 nak perang..kesian kat sabahan. bagi perwira2 kita, SELAMAT BERJUANG UNTUK NEGARA KITA & AL-FATIHAH UNTUK PEJUANG KITA YANG TELAH GUGUR KERANA BERJUANG MELAWAN MUSUH!

Zee Suhaini said...

takut jgk makin besar plak nanti..

ejulz said...

kesian org2 sabah.. msti diorang yg duduk kwsn berhampiran tgh ketakutan.. baik bunuh je semua penceroboh aritu.. bagi pengajaran sikit.. ingatkan ramai penceroboh yang dah dibunuh, rupanya 14 org je.. adehhh.. buat kacau keamanan orang je.

Miss Anonymous said...

Betapa tak tahu malunya mereka. Harap mereka mati dibunuh terutama Sultan Jamalul Kiram yang dah tua nak mampus tu..

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

adoai bila nak abis ne.. tlong la sultan sulu.. terima hakikat.. riso betul la

Zulkafflee Yusof said...

Sultan Sulu ni sebenarnya di kuasai nafsu serakah ingin memerintah sabah. Sudah tua2 kutuk mcm tu pun ada hati lg. Baik duk surau beramal byk2 untuk hari mati dia. Itu lagi bagus untuk bekalan dia di alam kubur sana. Astagafirullah alazim...

Zulkafflee Yusof said...

Sultan Sulu ni sebenarnya di kuasai nafsu serakah ingin memerintah sabah. Sudah tua2 kutuk mcm tu pun ada hati lg. Baik duk surau beramal byk2 untuk hari mati dia. Itu lagi bagus untuk bekalan dia di alam kubur sana. Astagafirullah alazim...

nori ghani said...

Esok2 matahari pun sume nk berebut....

nori ghani said...
This comment has been removed by the author.
Cik JariManis said...

bila nak berambus dari Sabah? kitorang risau laaa! keluarga pengganas kat filipina sedih? habis tu?! kesedihan keluarga pejuang yg dah gugur tak di ambil kisah ke? palui betul gak dia ni...mmg padan dgn pengganas2 tu..spa suruh carik pasal!

marthh said...

memang dasar penceroboh xtau malu nk ambek blk yg bkn suda haknya..insaf2 la ckp agama islam tp prangai lebi kejam dari kafir!

Solehah Shamsuddin said...

Pengikut Sultan Sulu ni mmg xguna. Korang xd hak untuk dapatkan Sabah lagi. Sabah dah jadi milik Malaysia. Xpaham2 lagi ke?! Sedarlah diri tu! Eiii geram btl!!!!

Nadia Johari said...

asl tetibe nk amik sabah ni..ishh..ape yng nersuk die wat mcm ni

Shida Radzuan said...

erm...

Remy hazza said...

kemelut yg panjang......

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com