✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, March 22, 2013

Penduduk Terkejut Pengganas Tawan Kerana Lapar


Menurut sumber, pengganas sulu yang sekumpulan empat pengganas bersenjata telah menawan seorang wanita selama 2 jam untuk mencari makanan. 

Pertempuran berlaku dengan pengganas di rumah wanita tersebut di Kampung Sakti Felda Sahabat tengah malam tadi.


Pasukan keselamatan juga dikatakan mengepung setiap penjuru Kampung Kembara Sakti bagi memastikan kumpulan kecil pengganas itu tidak dapat melarikan diri.

Sehingga awal pagi ini, tiada pengesahan daripada pihak berkuasa tentang jumlah kematian atau tangkapan pengganas terbabit, bagaimanapun sumber pasukan keselamatan mengesahkan usaha dijalankan bagi menumpaskan kumpulan pengganas bersenjata yang dikatakan lolos daripada kepungan di zon merah itu.

Terdahulu petang semalam, sekumpulan empat lelaki bersenjata dipercayai saki baki pengganas yang melarikan diri daripada kepungan pasukan keselamatan bertindak mengikat tangan dan kaki seorang wanita di Kampung Kembara Sakti selama kira-kira dua jam sebelum menggeledah rumah mangsa bagi mencari makanan.

Ketika kejadian, kira-kira jam 2 petang itu, suri rumah berusia 40-an sedang berada di dalam rumah manakala suaminya keluar bekerja.

Menurut jiran mangsa dikenali sebagai Mutiya Mambalusah, 41, kemunculan empat lelaki bersenjata itu secara tiba-tiba mengejutkan jirannya itu kerana kampung berkenaan terletak kira-kira 25 kilometer dari Kampung Tanduo dan tidak dikategorikan dalam zon merah sebaliknya diisytihar sebagai kawasan selamat.

“Sebaik memasuki rumah, seorang daripada lelaki itu yang boleh berbahasa Melayu meminta makanan manakala dua yang lain bersembunyi di atas loteng mungkin sebagai persediaan jika ada orang lain memasuki rumah.

“Apabila dimaklumkan tiada makanan, mereka terus mengikat kaki dan tangan jiran saya sebelum menggeledah rumah itu untuk mencari makanan,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, jirannya itu berjaya membuka ikatan berkenaan dua jam kemudian sebelum bertindak melarikan diri ke rumahnya.

“Saya yang terkejut dengan kejadian itu kemudian terus membantunya melarikan diri sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis. Ketika itu tidak diketahui sama ada kumpulan terbabit masih berada dalam rumah jiran saya itu,” katanya.

Mutiya berkata, sebaik laporan polis dibuat, pasukan keselamatan kemudian mengarahkan semua penduduk berpindah ke masjid berhampiran. [HM]


7 comments:

Kak Mahh said...

utamakan keselamatan diri.

ANa Ahmad said...

diorang tau juga lapar yerk? huhu

Seneorita Baharin said...

ya Allah, bahaya...naseb baek xkena apa2 kan..huhu

btw, tag kak uzu :)
http://seneoritabaharin.blogspot.com/2013/03/malaysias-next-top-lucky-blogger-by-mak.html

Aleeza Zailan said...

O.o kawan sy duduk Kg.K ni pun tak skolah ari ni gara-2 tak dibenarkan keluar dari kawasan tu . kesian diorang yg duduk kawasan tu -_-

Afie Qaisarah said...

nasib baik 2 jam jerr dah dpt lps..

Nadia Johari said...

bekaln mknn dh xde..pstu nk twn penduduk

Solehah Shamsuddin said...

Pengganas yg lapar, penduduk kampung lak yg ditawan. Sanggup dyorg geledah rumah org semata2 nk cari makanan.huhu

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com