✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, March 6, 2013

Penyanyi Belasah Suami Hingga Mati


AMPANG – Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata,  pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa  tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat.

Menurutnya,  mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat

Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – SinarHarian





















10 comments:

syiela said...

ganas giler

ANa Ahmad said...

sweet sbb dia cemburu sampai hilang otak.. XD

MéuzAngelo™ XXIII said...

@ANa Ahmad
nampak sgt tak baca betul2.. bukan sbb cemburu tapi sebab nak jumpe anak je.. dorang dah tak duduk sebumbung sejak setahun lalu.. haha

Rosidah Binti Muhamad said...

adoii...knp lak tak kasi dia jumpa anaknya?..mcm2 hal...

Nadia Johari said...

x leh blah..snggup bunuh tu

Dianaa said...

kuat betul perempuan tu

Solehah Shamsuddin said...

eh, smpai belasah suami dia? ganas nya...

Afie Qaisarah said...

apa punye laki dsaaaa

Remy hazza said...

sapa artis tu?????

Cik Fie said...

pergh !! ganasnya !!

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com