✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, March 26, 2013

Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2013 Lepasan SPM 2012


Permohonan biasiswa JPA tahun 2013 lepasan spm 2012 kini sudah boleh dibuat bagi calon-calon yang berminat untuk memohon dibawah program khas(Jerman,Perancis,korea dan jepun).Tarih tutup permohonan adalah pada 1 April 2013.Calon-calon yang memohon akan disenarai pendek dan dikehendaki untuk menghadiri sesi temuduga dan SAC sebelum pihak JPA memilih calon-calon yang benar-benar layak untuk diserap ke program ini.Tarikh temuduga dijadualkan pada 23-26 April 2013.Dibawah adalah senarai program dan syarat-syarat untuk memohon program ini.

I. Syarat-Syarat Umum
a) Warganegara Malaysia.
b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2012; dan
c) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

II. Program & Syarat-Syarat Khusus Permohonan

1) Kejuruteraan Jerman
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam lapan (8) matapelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Sejarah;
c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral;
d) Bahasa Inggeris;
e) Fizik;
f) Kimia;
g) Matematik;
h) Matematik Tambahan; dan
mendapat sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana satu (1) matapelajaran.
Calon yang mempunyai asas dalam bahasa Jerman adalah digalakkan memohon.

2) Kejuruteraan Perancis
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam lapan (8) matapelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Sejarah;
c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral;
d) Bahasa Inggeris;
e) Fizik;
f) Kimia;
g) Matematik; dan
h) Matematik Tambahan
mendapat sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana satu (1) matapelajaran.

3)PROGRAM TEKNIKAL JEPUN / KOREA
(Diploma Kejuruteraan Jepun dan berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama)
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam enam (6) matapelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Sejarah;
c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral;
d) Fizik;
e) Kimia;
f) Matematik; dan
mendapat sekurang-kurangnya A- dalam salah satu (1) matapelajaran selain mata pelajaran di atas dan
mendapat sekurang-kurangnya B+ dalam dua (2) matapelajaran berikut:
g) Matematik Tambahan;
h) Bahasa Inggeris; dan
Calon yang mempunyai asas dalam bahasa Jepun adalah digalakkan memohon

4) Diploma Kejuruteraan Korea
(Program Diploma Korea dan berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama)
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam enam (6) matapelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Sejarah;
c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral;
d) Fizik;
e) Kimia;
f) Matematik; dan
mendapat sekurang-kurangnya A- dalam salah satu (1) matapelajaran selain mata pelajaran di atas dan
mendapat sekurang-kurangnya B+ dalam dua (2) matapelajaran berikut:
g) Matematik Tambahan;
h) Bahasa Inggeris;
Calon yang mempunyai asas dalam bahasa Korea adalah digalakkan memohon.

Cara memohon:

-Permohonan untuk program khas penajaan JPA korea,jepun,perancis dan jerman ini bolehlah dibuat di laman
-pemohon hendaklah mendaftar kata laluan terlebih dahulu sebelum boleh memohon secara online
-pemohon juga dikehendaki untuk memahami semua panduan dan syarat-syarat yang ada disediakan dilaman http://esilav2.jpa.gov.my/  dahulu sebelum membuat permohonan.

sumber : JeritPekik



Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com