✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, March 1, 2013

[TERKINI] Pertembungan Lahad Datu Tamat, 10 Penceroboh Serah Diri


Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DPA) Raul Hernandez berkata pencerobohan sekumpulan pengikut sultan Sulu di Sabah sudah tamat, lapor akhbar The Philippine Inquirer.
Hernandez memberitahu satu sidang akhbar bahawa duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim bertemu dengan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert Del Rosario di Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) untuk memaklumkanbahawa pihak berkuasa Malaysia telah menyerang kampung tempat kumpulan penceroboh Sulu itu berkubu.

Memetik laporan yang diberikan oleh duta Malaysia, Hernandez berkata 10 pengikut sultan Sulu telah menyerahkan dari.

Beliau juga berkata tiga orang terbunuh – dua anggota polis Malaysia dan pemilik rumah di mana adik sultan, Azzimudie Kiram tinggal.

Hernandez berkata DFA sedang mengesahkan dakwaan sultan Sulu di Manila bahawa 10 pengikut terbunuh dalam kejadian tersebut.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, polis akan mengadakan sidang media di Lahad Datu kira-kira 5 petang ini berhubung operasi pasukan keselamatan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
Sehingga kini dilaporkan dua komando polis terkorban dalam serangan mortar oleh kumpulan Filipina itu manakala dua lagi cedera.

Wartawan telah diarahkan keluar dari lokasi kejadian atas sebab keselamatan.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu Bernama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telahpun berada di Sabah.

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com