✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, April 8, 2013

150 Pengikut Jamalul Kiram Berkumpul Semula Di Lahad Datu




MANILA 7 April - Kira-kira 150 orang pengikut kumpulan pengganas Jamalul Kiram III dilaporkan berkumpul semula di Lahad Datu, Sabah.

Agensi berita, abs-cbnnews.com semalam melaporkan, jurucakap kumpulan itu, Abraham Idjirani sebagai berkata, sebanyak 135 pengikut kumpulan itu diketuai Azzimudie Kiram dan dibantu kira-kira 100 askar dari Sulu dan Tawi-Tawi kini sudah berkumpul di sana.

''Mereka sudah berkumpul dan memperkukuhkan kedudukan.

''Mereka hanya menghadapi satu masalah iaitu kekurangan bekalan makanan,'' katanya.

Idjirani mendakwa pasukan keselamatan Malaysia kini memantau gencatan senjata sebelah pihak yang diisytiharkan oleh kumpulan pengganas itu sebelum ini.

''Tiada pertempuran dilaporkan setakat ini dan Azzimudie hanya melaporkan berlakunya pertempuran bersenjata pada waktu malam, namun tidak melibatkan kumpulan yang diketuainya.'' katanya. - AGENSI


6 comments:

Kak Tie said...

degil..jenis tak serik

Syariman Yazi said...

kasi tembakkkk kiram ni buat malu org islam

Rosidah Binti Muhamad said...

ada sebab kenapa dorg datang ke sini...

Rosidah Binti Muhamad said...

ada sebab kenapa dorg datang ke sini...

Normi Nieza said...

btl ker?

Cik Fie said...

isyh2 .

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com