✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, April 10, 2013

19 Selebriti Bakal Bertarung Dalam MasterChef Selebriti 2




Seramai 19 selebriti tanah air akan berentap di MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua yang akan mula bersiaran di Astro Ria (saluran 104) dan Mustika HD (saluran 134) pada 20 April ini.

Kesemua 19 selebriti tersebut adalah Afiq Muiz, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Cat Farish, Celina, Enot, Kenchana Devi, Keros Nazri, Lydiawati, Michael Ang, Norish Karman, Radhi OAG, Rozita Che Wan, Sabhi Sadhi, Sathia, Sharifah Shahora, Syanie, Syura, Yahya Yassin dan Zain Saidin.

Menariknya 19 selebriti berkenaan akan berentap dalam pelbagai cabaran dan ujian untuk menyediakan sajian masing-masing selama 10 minggu.
Namun tidak semua 19 selebriti itu dapat bertahan selama 10 minggu kerana setiap minggu akan ada proses penyingkiran peserta.
Bagaimanpun, setiap minggu pastinya akan ada 4 episod bakal bersiaran. Iaitu bermula dari hari Sabtu jam 9 malam hingga Selasa pada waktu yang sama.

MasterChef Selebriti memberikan inspirasi dan peluang kepada selebriti mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri masakan.

MasterChef Selebriti Malaysia mempunyai format yang berbeza dalam setiap episod.

Bagaimanapun ini dia format episod tipikal penganjuran tahun ini.

1. Hari Sabtu adalah cabaran Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa.
Setiap peserta diberi kotak yang mengandungi bahan-bahan masak yang sama dan perlu menyediakan suatu hidangan yang menggunakan bahan-bahan yang diberikan saja.

Hidangan berkenaan akan dirasai oleh Chef dan seorang pemenang akan dipilih. Pemenang Peti Saji Misteri akan diberi peluang untuk memilih sajian utama untuk cabaran Ujian Cipta Rasa. Peserta perlu mencipta satu hidangan dengan menggunakan Sajian Utama yang dipilih.

2. Hari Ahad akan membawakan Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran.
Tiga peserta yang tidak dapat memuaskan Chef dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu.

Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukkan. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan ini.

3. Hari Isnin membawakan Cabaran Sajian Luar.
Para peserta akan dibahagikan kepada pasukan yang terdiri daripada bilangan yang sama dan diberi tugas dan jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan cabaran ini.
Tugas adalah seperti memasak untuk fungsi tali leher hitam atau kem tentera. Pasukan yang kalah akan menghadapi penyingkiran malam seterusnya.

4. Hari Selasa membawakan lagi sekali Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran.
Peserta yang tidak dapat memuaskan Chef dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu.

Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukan.Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan ini.

9 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. bestnya. tapi che ta dengan bakal suami Zain tu ada sekali? hahahaha

Aku Penghibur said...

wahhh mcm best jer..

Farah Waheda Wahid said...

yeay...dah ada balik...x sabar nak tengok... ^_^

Normi Nieza said...

tak sabar nak tgk afiq muiz masak..:)

Aina Areen said...

zain ? che ta ? omgggg

Wawa Rosli said...

wah....tak sabar nk tengok diorang masak...hehe

MarnieyZ said...

go yasin.!!

Trish Natasha said...

sokong Pak Nil :)

Cik Fie said...

gud luck buat dorang :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com