✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, April 9, 2013

32 Individu Ditahan Di Perairan Sabah, Pelbagai Senjata Dirampas



KOTA KINABALU: Tiga puluh dua individu yang menaiki sebuah bot ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi Isnin.

Pasukan keselamatan turut merampas pelbagai senjata seperti senjata api, barong dan kapak serta beberapa dokumen yang dibawa kumpulan lelaki itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata setakat ini kesemua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

"Kami belum mengenal pasti bangsa mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Beliau berkata bot yang dikenali sebagai 'kumpit' yang dinaiki kumpulanlelaki itu ditunda ke Sandakan untuk siasatan lanjut.

Hamza sekali lagi memberi jaminan keadaan di semua daerah di Sabah terkawal dan menafikan dakwaan terdapat 100 pengganas bersenjata memasuki negeri ini.

"Pasukan keselamatan sentiasa mengawal keadaan dengan kawalan ketat di kawasan perairan Sabah," katanya.

Sementara itu, pasukan Forensik menemui 15 lagi mayat di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu dan kesemua mayat itu akan dibawa keluar dari kawasan yang menjadi kubu militan dari selatan Filipina itu petang ini.

Beliau berkata kesemua mayat itu adalah daripada pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan yang sebelum ini tidak dapat dibawa keluar atasfaktor keselamatan.-BERNAMA

Menurut The Malaysian Insider pula, kira-kira 1,000 pemberontak telah berjaya masuk ke Sabah. Kebenaran berita walau bagaimanpun tidak dapat dipastikan sehingga kini....
_________________________________________________________________________________


KUALA LUMPUR, 8 April — Tambahan 1,000 orang pemberontak bersenjata dari selatan Filipina berjaya melepasi sekatan laut masuk ke Sabah bagi membantu pemimpin pemberontak Sulu Agbimuddin Kiram melawan pihak berkuasa Malaysia, lapor The Philippine Star hari ini.

Wakil dari Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Emmanuel Fontanilla memberitahu akhbar tersebut pejuang-pejuang telah bersedia untuk bertempur sejak bermulanya konflik dan berjaya melepasi sekatan tentera laut Filipina dan Malaysia dengan bergerak dalam kumpulan kecil.

“Daripada maklumat yang diterima, kumpulan bersenjata sampai dengan pasukan kecil,” kata beliau seperti yang dilaporkan.

Akhbar tersebut menyatakan masih belum pasti kumpulan yang baru sampai itu menyertai pertempuran di Lahad Datu minggu lepas, dimana sekumpulan 100 rakyat Filipina mendarat di pantai timur Sabah sebelum itu untuk memperbaharui tuntutan Sulu terhadap Sabah.

Agbimuddin yang percaya beliau adalah pewaris kepada Kesultanan Sulu telah melancarkan perang gerilla melawan pasukan keselamatan Malaysia mendarat di Sabah pada 9 Febuari untuk menuntut apa yang didakwa sebagai milik mereka pada abad ke 17.

Lebih 60 orang militan Sulu dilaporkan terbunuh dalam pertempuran bersenjata dengan lapan orang anggota polis dan dua orang anggota tentera Malaysia turut terbunuh.

Pasukan keselamatan Malaysia telah menahan lebih 100 orang Sulu dipercayai mempunyai kaitan dengan pemberontak bersenjata dan didakwa dengan beberapa tuduhan keganasan di mahkamah.

Lebih 5,000 rakyat Filipina telah pulang ke tanah air mereka semenjak krisis Sabah bermula pada Febuari dengan cerita mengenai pencabulan hak asasi manusia disampaikan kepada rakyat Filipina dan penggubal undang-undang mereka.

2 comments:

Normi Nieza said...

masih ada lagi ke peberontak nie?huhu

Cik Fie said...

nice info :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com