✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, April 17, 2013

Bahaya: Taktik Baru Curi Kereta



Sedarlah semua! Tolong sebar2kan. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan sebarkan kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Sekarang ni mcm2 boleh jadi. Kena banyak beringat...


9 comments:

fiza saiza said...

kan...sangat bahaya sekarang ni..

Mrs Velentine said...

mcm2 taktik oh

Aina Areen said...

hmmm, jaga2 laa selalu. tambah2 wanita ni . ishhh .

laskar pelangi said...

tula..macam2 taktik sekarang ni..takut betul kan

ANa Ahmad said...

bahaya dengerres

MarnieyZ said...

ada share kat fb jgk pasal ni. Btw, thanks for this info :3

||aLeaSaRa|| said...

mcm2 skill perompak ni...makin kreatif adeihh.risau gak dh lah drive gi ofce huhu.tq ye share info ni.

mawar berduri said...

bahaya...mmg mnjdi2 kes curi kereta nie..

Cik Fie said...

mcm2 taktik dorang buat . erm .

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com