✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, April 18, 2013

Bakar Abang Hidup Hidup Berang Kerana Ditegur



Akibat berang ditegur kerana jarang pulang ke rumah, seorang lelaki sanggup membakar abang kandungnya dalam satu kejadian di Felda Palong, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 28 tahun itu dibakar hidup-hidup di hadapan ahli keluarganya di kediaman mereka di sini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, suspek berusia 21 tahun yang tinggal di Batu Kikir itu pulang ke rumah selepas menerima panggilan telefon daripada abangnya.

Menurutnya, ketika itu, abangnya sempat menegur suspek kerana jarang pulang ke rumah.
“Namun ketika suspek pulang ke rumah, abangnya sekali lagi menegur sikapnya yang jarang pulang ke rumah dan berlaku pergaduhan mulut.

“Suspek yang ketika itu membawa minyak dipercayai petrol untuk diisi ke dalam motosikal ayahnya, namun akibat marah ditegur dia cuba membakar kenderaan abangnya,” katanya.

Hamzah berkata, tindakan abangnya yang cuba menghalang suspek daripada membakar kenderaannya itu membuatkan suspek bertambah marah lalu menyimbah minyak tersebut di bahagian muka dan badan abangnya.

“Selepas menyimbah minyak, suspek terus menyalakan api dan menyebabkan abangnya terbakar.
“Kejadian yang berlaku di hadapan rumah itu turut disaksikan oleh kedua ibu bapa mereka serta isteri abangnya. Selepas itu, suspek bertindak melarikan diri,” katanya.

Katanya, bapa mangsa yang melihat kejadian itu segera meminta bantuan daripada Klinik Kesihatan Palong.
“Mangsa yang melecur di bahagian belakang badan, kepala, muka, dada serta kedua belah tangan dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, pihaknya berjaya menahan suspek yang juga merupakan bekas Orang Kena Pengawasan (OKP) kira-kira jam 8 pagi, semalam, ketika dia pulang ke rumahnya.

“Bapa mangsa menghubungi Balai Polis Ladang Gaddes dan memaklumkan anaknya sudah pulang. Suspek turut memberi kerjasama ketika ditahan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

8 comments:

Ismah Atikah said...

Ada juga macam ni :(

Che Siti Maryam said...

macam-macam sekarang ni..

Normi Nieza said...

takutnya..huhu

MarnieyZ said...

darah daging sendiri pun nak bakar ke? abg nasihat sbb dia sayang.

ANa Ahmad said...

astgfirullah halazim

Aina Areen said...

ish, manusia sekarang ni -_- hmmm

mawar berduri said...

xde akal...

Cik Fie said...

ada pulak camtu =.=

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com