✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, April 11, 2013

Hadiah Kereta ABPBH Shaheizy Sam Yang Dicuri Namun DIjumpa Semula




KUALA LUMPUR – Kecuaian penjaga sebuah premis pusat servis kenderaan mengawal premis itu membolehkan seorang ejen penghantaran kastam melarikan sebuah kereta mewah jenis Nissan Fairlady 350Z yang merupakan hadiah pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2012, Shaheizy Sam baru-baru ini.

Ejen tersebut, Mohd. Azri Mohd. Kassim, 32, dikatakan telah mencuri kereta berwarna hitam itu dengan menggunakan modus operandi mudah iaitu menyamar sebagai pelanggan kononnya mahu melihat dan mengambil gambar sebelum melarikannya sebaik ternampak kunci kenderaan itu berada di dalamnya.

Mohd. Azri dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada 25 Oktober tahun lalu atas tuduhan mencuri sebuah kereta Porsche Panamera 4 berharga hampir RM1 juta dari bilik pameran di Jalan Bukit Bintang di sini 14 hari sebelum itu.

Kes itu masih berjalan.

Mengulas lanjut mengenai kejadian terbaharu di Segambut di sini pada pukul 10.45 pagi Sabtu lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, imej Mohd. Azri kelihatan pada rakaman televisyen litar tertutup premis berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, polis sedang mencari lelaki itu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Polis telah menemui semula sebuah kereta mewah bernilai RM400,000 berkenaan di Taman Skudai, Johor pada pukul 1 pagi tadi (semalam).

10 comments:

Mohamad Khairil said...

owh..kesian pulak :D

Aina Areen said...

macam macam . kesian dekat sam kan ?

Seneorita Baharin said...

ishh3 naseb baek jumpa balik..

MarnieyZ said...

tak sangka ada juga org mcm ni. *geleng kepala*

Farah Waheda Wahid said...

alhamdulillah dah jumpa balik... ^_^

Normi Nieza said...

alhamdulillah dpt balk..

AFie said...

Kesian Pada Si Pencuri, Nak Beli Tak Mampu, Hanya Mampu Mencuri Ajelah.. Nak Buat Mcam Mana, Dia Tringin Nak Merasa Keta Mewah. XD

Trish Natasha said...

kalau ye pun nak guna kereta mewah, takpayah sampai nak curik kereta org. kesiannnn dekat pencuri

Shida Radzuan said...

adehhh smpai mcm tu skali..dasat!

Cik Fie said...

nasib baik jumpa balik :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com