April 29, 2013

Isteri Bunuh Suami Ketika Suami Nyenyak Tidur




Seorang isteri yang berusia 30-an telah membunuh suaminya dengan menikam suaminya ketika suaminya nyenyak tidur di dalam rumah mereka di Subang Perdana Court 2, USJ 6/1 , Subang Jaya semalam.

Isteri mangsa yang terbunuh diberkas sebaik sahaja menerima laporan mengenai kejadian bunuh yang berlaku sekitar jam 4.45 pagi dan terbongkar apabila polis menyoal siasat 2 lelaki yang diberkas.

Dalam kejadian itu, S. Gunasegaran, 40, mati selepas ditikam di rusuk kiri selain cedera di leher, lengan dan bahu.

Menurut laporan, suaminya selalu memukulnya sehingga si isteri tidak tahan dengan keadaan itu malah disyaki sanggup bersekongkol untuk membunuh suaminya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan awal mendapati salah seorang lelaki yang diberkas itu merupakan kekasih gelap wanita tersebut.


Share:

6 Sila Komen:

Cik Nor said...

knapa jd mcm tu?huhu

Khaulah Alazwar said...

Astaghfirullahal'azim..bukan hak dia untuk menghukum. memang ke tali gantunglah ><

Unknown said...

patut ler selalu kena pukul..... isteri dia pun tak betul...ada kekasih gelap lagi..... mcm2 hal dunia skrg nie....

Unknown said...

ini dah terlampau.. kenapa lah boleh? nmpk sangat tak sayang suami. lol

Cik Fie said...

kejam ! :(

mommyfiqa said...

macam2 skrg nie..