✿Baca Entry Yang Lepas✿

Sunday, April 7, 2013

KEJAM ! Bayi Baru Lahir Dibuang , Dipukul Hingga Mati Di Tepi Jejambat



PETALING JAYA – Menyayat hati apabila mayat bayi perempuan baru dilahirkan berbungkus dengan kain selendang ditemui di tepi jejambat menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh–Kepong, semalam.

Mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh seorang pejalan kaki kira-kira jam 7 pagi.

Difahamkan lelaki itu curiga selepas terlihat bungkusan kain tiba-tiba berada di tepi jejambat. Dia membuka bungkusan itu dan menemui mayat bayi yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya percaya mayat bayi itu ditinggalkan di situ beberapa jam sebelum ditemui.
Menurutnya, kesan kecederaan didapati di mata kiri. Tali pusatnya telah dipotong dan disapu ubat luka.

“Bayi itu mungkin dipukul atau dihempas, berdasarkan kecederaan mata atau ditekup sehingga tidak dapat bernafas berdasarkan buih yang keluar dari hidung.

“Kita masih menyiasat kes ini dan menunggu laporan bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis terdekat.


7 comments:

Normi Nieza said...

hurmm..mmg tak berperikemanusiaan langsung..huhu

Zamani Abe said...

gila apakah ini.. sedih & sakit hati

Herma Julianny said...

aish....
kejamnya....

Anis Lvince said...

kejamnya :( btw saya nak share entry ni tau

Shida Radzuan said...

keisannya ya allah :(

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. DD? kawasanan rumah mak sheila. masyallah. kejamnya siapa yang buat camni :'(

Cik Fie said...

kejamnya :(

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com