✿Baca Entry Yang Lepas✿

Saturday, April 6, 2013

Mayat Bayi Tanpa Kepala Ditemui Terapung Di Perairan Dekat Sandakan



SANDAKAN: Mayat seorang bayi perempuan tanpa kepala ditemui terapung di perairan Pulau Nunuyan di sini Khamis.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata, mayat bayi malang yang dipercayai berusia lingkungan tujuh bulan itu ditemui penduduk kampung pada kira-kira 6 petang.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan, untuk dibedah siasat.

Tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

5 comments:

PembeRontaK SaM said...

kejamnye...bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa..salah sape agknye????

Perttzyana Alpah said...

ya Allah mau temuntah aku tengok... kesian :(

huahua said...

Jom cni.. Tempahan baju printing dan sulaman untuk anda.. http://peaceder.blogspot.com/2013/04/peaceder-jualan-baju-printing-dan.html.. Follow me yup.. done follow u

Shida Radzuan said...

knpala bt gini huhuu..

Cik Fie said...

kesiannyaaaa :(

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com