✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, April 2, 2013

Rumah Pelakon Terkenal Erra Fazira Di Pecah Masuk !



Rumah pelakon terkenal, Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik, 38, di Seksyen 20, Damansara dekat sini cuba dipecah masuk hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, suspek yang menaiki kereta Honda berwarna putih dikatakan memasuki kawasan rumah pelakon terbabit melalui pagar hadapan. Bagaimanapun jiran kepada pelakon filem Maria Mariana itu, yang curiga dengan kehadiran suspek, segera menghubungi pihak polis. “Suspek yang tidak sempat masuk ke dalam rumah, bergegas melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak polis,” kata sumber polis.


Saya dan anak (Engku Aleesya) bersama pembantu rumah tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah yang baru dibuka semalam selepas cuti seminggu. Kami keluar dari rumah pada jam 1 tengah hari, bagaimanapun 45 minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah masuk.

“Saya terkejut dan lantas berpatah balik ke rumah. Namun ketika itu pencuri terbabit sudah melarikan diri, tetapi menurut jiran saya, kebetulan ketika itu ada sebuah kereta peronda yang melalui kawasan berkenaan. Peronda mengejar pencuri yang juga memandu kereta sehingga melanggar beberapa kereta yang diletakkan di hadapan rumah di kejiranan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

“Saya pun tidak tahu bagaimana mereka (pencuri) boleh masuk dalam kawasan rumah saya, tetapi menurut jiran, pintu pagar automatik rumah saya itu sudah terbuka. Difahamkan mereka umpilkan pintu pagar itu."

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu. Beliau berkata, pihaknya masih memburu suspek terbabit bagi membantu siasatan. Arjunaidi turut memuji tindakan pantas jiran terbabit yang segera melaporkan kejadian mencurigakan kepada pihak polis. Dalam pada itu, Erra ketika dihubungi Utusan Online memberitahu, ketika kejadian, dia berada di sekolah anaknya di Bangsar. “Sebaik sahaja menerima panggilan jiran, saya bergegas menyelesaikan segala urusan sebelum pulang ke rumah kira-kira pukul 4 petang.



6 comments:

Normi Nieza said...

bahayanya...kna berhati2 walau dmana berada...huhu

Nurfaezah Abdullah said...

sekrg ne mcm2 cara pencuri gunakan to mencuri.

ANa Ahmad said...

macam mana boleh jadi macam ni??

Trish Natasha said...

mcm2 lah zaman sekarang .

Sukma Haron said...

be careful dear...beringat sebelum kena...

Cik Fie said...

macam2 . isyh3 :(

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com