✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, April 29, 2013

SERIUS : GAMBAR PENGASAS SYARIKAT KOSMETIK & JUTAWAN TERMUDA DI DUNIA


 Dia baru berusia 6 tahun, tetapi sudah menjadi jutawan dan hidup serba mewah!

Isabella Barret bukan gadis cilik biasa. Di usianya yang baru 6 tahun, dia sudah menjadi jutawan. Berkat memenangi pelbagai pertandingan kecantikan, tampil di TV dan memiliki perniagaan kecantikan membawanya menjadi seorang yang kaya dengan kehidupan yang mewah.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang Isabella Barret:

1. Pertandingan Kecantikan
Sejak kecil lagi, Isabella sering dibawa menyertai pertandingan kecantikan oleh ibunya, Susanna. Dengan bangga, kanak-kanak yang kerap berpenampilan seksi itu mengatakan, “Saya tidak pernah kehilangan apa-apa dan hampir setiap pertandingan yang disertai, saya menang.



2. Mempunyai 60 Pasang Kasut
Kanak-kanak yang sering mengikat rambutnya ini adalah penggemar kasut. Dia memiliki lebih dari 60 pasang kasut.

3. Setiap Baju Berharga Hampir RM 30ribu
Susanna menghias anak kesayangannya itu secara habis-habisan. Setiap kali mengikuti pertandingan, baju dan perhiasan yang digunakan Isabella boleh mencapai US$ 10 ribu atau hampir RM 30 ribu. Susanna mengaku, selama dua tahun ini dia mengeluarkan perbelanjaan sekitar US$ 50 ribu atau RM 150 ribu untuk menghias Isabella agar menang di pertandingan kecantikan yang disertai.


4. Bisnes Perhiasan & Kosmetik
Bersama ibunya, Isabella memiliki line perhiasan dan kosmetik berjenama ‘Glitzy Girl’. Koleksinya termasuklah lip gloss, lipstick, blusher sehingga ke aksesori seperti gelang dan rantai. Awal bermulanya perniagaan tersebut adalah dari setiap pertandingan yang disertai, Isabella menggunakan gelang dan pelbagai perhiasan lain. Banyak peminatnya yang suka dengan perhiasan tersebut sehingga memberi mereka idea untuk menjualnya.

5. Hidup Mewah
Isabella kini hidup mewah dan bergelumang dengan harta. Kanak-kanak yang sering meniru gaya wanita dewasa itu sering bercuti dan menginap di hotel-hotel mewah. Tidak seperti kanak-kanak lain yang suka memesan makanan seperti kentang dan burger, dia sebaliknya memilih makanan seperti filet mignon dan lobster yang berharga hampir beratus dolar untuk setiap hidangan. “Saya tahu ini kelihatan seperti sombong, tetapi ini bagi saya ia lucu melihat gelagatnya dan ini sebahagian dari kehidupannya,” ujar ibu Isabella.





16 comments:

eimah siti said...

wahhh...kecik2 da jadi busines girl...hehhe

Aenn Athirah said...

Wow..hebat..

Syuhada Salleh said...

comel bdk nie..

Rieya Ramlee said...

cool..no wonder la menang pertandingan hape tu semua..dia mmg cntik..

Mademoiselle♥ said...

ermmm speechless o_O

Leeza dayasari [santai leeza] said...

wow...... budak tu dh mcm dewasa gayanya.

Azhafizah Md Nor said...

untunglah dia kan..kecik kecik dah jadi jutawan..

Aina Sofea said...

gila ! haaa , dah terkeluarr :p dasyatttlahh !

marniey zul said...

biasalah, mak bapa dia ni mesti org kaya. tu lah senang. hehhe

Aina Areen said...

fuyooo, kaya tu . comel laa dia ni :D

Remy hazza said...

kechik2 dah kaya raya......

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Cantik & kaya...untung ler..:p

Normi Nieza said...

perghh..biar btl...??

Cik Fie said...

wow ! hebat gila budak ni :)

iu-hazirah said...

jutawan... hebatnya

mawar berduri said...

budak lagi dah kaya..

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com