✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, April 30, 2013

Subhanallah - Benarkah Ini Merupakan gambar Terkini Permukaan Matahari?



Subhanallah - Benarkah Ini Merupakan gambar Terkini Permukaan Matahari? | Mengambil gambar matahari dengan teleskop jarak jauh sangat merbahaya.Bagaimanapun ia berjaya dirakam setelah teleskop baru dicipta untuk menapis cahaya matahari yang panas itu.Gambar-gambar dibawah ini merupakan kejayaan yang luar biasa kerana buat pertama kali matahari berjaya dirakam pada permukaan oleh ahli astronomi bernama Paul Andrews.

Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500c dan suhu teras 15juta c

Matahari dikelaskan sebagai bintangkerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.







Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu.

Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat. Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahariini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung.

Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria. Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.

sumber : fuh.my

6 comments:

Normi Nieza said...

Allahuakbar....

Remy hazza said...

subhanallah......

Harith Iskandar said...

wowww hebatnyer.agaknyer mcm mn lah nnti api neraka ya

Aina Areen said...

subhannalah,

Cik Fie said...

Subhanallah :")

mawar berduri said...

wahh...macam tu ke..

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com