✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, April 18, 2013

Tiket Penerbangan MAS Murah Sempena Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13)



Tiket Penerbangan MAS Murah Sempena Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) | Tiket Malaysia Airlines (MAS) murah sempena PRU 13 Pilihanraya 2013. Pihak MAS menawarkan tambang istimewa kepada rakyat Malaysia untuk terbang pulang bagi mengundi pada 5 Mei di dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Tarikh Tempahan

Tempahan bagi kelas perniagaan dan ekonomi boleh dilakukan mulai 17 April 2013 sehingga 26 April 2013

Tarikh Penerbangan

18 April hingga 30 November 2013.

Maklumat Perjalanan

Tambang kelas ekonomi yang merangkumi kesemua bayaran dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Pulau Pinang, Terengganu, Kuantan, Kota Baharu, Johor Baharu dan Langkawi bermula dari RM130 manakala tambang pulang yang merangkumi kesemua bayaran bagi kelas perniagaan bermula dari RM713.

Tambang pulang yang merangkumi kesemua bayaran dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Labuan, Tawau, Miri, Sibu, Sandakan, Bintulu dan Kuching bagi kelas ekonomi atau perniagaan masing-masing bermula serendah RM300 dan RM1,713.

Penerbangan dari Kuching ke Kota Kinabalu, Miri, Bintulu atau Sibu dari serendah RM76, yang merangkumi kesemua bayaran tambang pulang pada kelas ekonomi dan dari RM1,513 bagi kelas perniagaan.

Penerbangan dari Kota Kinabalu ke Tawau, Labuan dan Sandakan bermula dari RM136 yang merangkumi kesemua tambang pulang dan dari RM1,713 bagi kelas perniagaan.



7 comments:

hazwan hairy said...

balik nek keta saja..haha

Normi Nieza said...

balik nak bas..:)

MarnieyZ said...

wahhh, bestnyaaa. :)

ANa Ahmad said...

tak sabar nak pergi sabah semula

Aina Areen said...

aduhduhduh, bestnyaaa

mawar berduri said...

murahhh....

Cik Fie said...

wah ! murahnya :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com