✿Baca Entry Yang Lepas✿

Saturday, May 4, 2013

Betis Lebam Dipukul Guru




Seorang pelajar tingkatan lima dari sebuah kolej di Port Dickson, lebam di kedua-dua belah betisnya selepas dirotan seorang guru lelaki tanpa sebab munasabah.

Abang kepada pelajar tersebut, Muhammad Kamaruzaman, 32, berkata, insiden itu berlaku pada 22 April lalu kira-kira jam 1.30 petang di padang kolej terbabit.

Menurutnya, ketika itu, adiknya masuk ke kelas bengkel elektronik seperti biasa, namun guru terbabit meminta membantunya menyusun barang mengikut prinsip amalan 5S (Sapu, Susun, Sisih, Seragam, Sentiasa Amal).

“Setelah selesai, adik saya pulang semula ke kelas yang diajar guru sama, namun secara tiba-tiba guru tersebut memarahi adik saya kerana lambat menyiapkan kerja elektronik yang diberikan.

“Walhal, pada awalnya, guru itu meminta adik saya menolongnya membuat kerja lain (susun 5S),” katanya.

Muhammad berkata, selepas itu adiknya dipukul menggunakan buluh panjang berukuran satu meter sebanyak tiga kali di bahagian betis di kedua-dua belah kaki di hadapan 60 pelajar lain.

"Bila saya mengetahui adik dipukul, saya pergi ke kolej dan membawanya ke hospital Port Dickson. Namun sebelum itu, saya sempat berjumpa dengan pihak pengurusan kolej dan mereka hanya memaklumkan akan menyiasatnya


7 comments:

Hanif Idrus said...

Dia orang tengah tension kot

Sukma Haron said...

aku rasa cikgu nie dalam tahap gila peringkat ke lima masih boleh dirawat lagi....sekarang ramai cikgu begini jadikan pekerjaan guru sebagai sumber pendapatan bukannya dari rasa minat dalam bidang pendidikan....

Ieta Mat Saad said...

Sy seorang guru. Mmg ramai murid2 sy juga tak siap kerja sekolah yg tak smpt dibuat disekolah sll sy minta siapkan di rumah. Tugas guru hanyalah mendidik. Jadi guru bukanlah sejenis pekerjaan yg mudah. Guru perlu selalu sabar dan kawal emosi. Banyak pihak sekarang lebih memihak pada anak murid walau segelintir yg memahami keadaan sebenar. Pada sy, tak perlu terlalu emosi dlm mengendalikan murid2 sebegini. Handle mereka dengan cara psikologi tetapi tegas. Bukan menyakiti mereka. Melentur buluh dari rebungnya tanpa perlu sakitkan ia

Cik Fie said...

astaghfirullah

Remy hazza said...

nampak kesan mcm kuat juga pukulan tu..... sampai lebam

Siti Faizah Raini said...

aduh sakit tu..kalau lambat pun xperlu la rotan camtu.. hukum berdiri ke apa.. kesian budak tu nanti trauma xnak prgi sklh..dah lah budak SPM

Siti Faizah Raini said...
This comment has been removed by the author.

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com