Pelakon jelita Ayu Raudhah baru sahaja selamat melahirkan bayi lelakinya pada 29 Mac yang lalu hasil perkongsian hidup dengan Zaquan Adha. Ayu yang kebetulannya bersalin pada hari yang sama pelakon Irma Hasmie yang turut melahirkan anak lelaki. Jika dikira dari tarikh kelahiran bayi yang beri nama Aisy itu, Ayu telah pun tamat tempoh berpantang selama 40hari.
Baru-baru ini, Ayu mula dilihat menghadiri majlis bersama keluarga yang turut dihadiri kakaknya Rozita Che Wan. Dengan status seorang ibu, Ayu kelihatan semakin cantik dan menawan disamping anak lelaki tunggalnya itu. Walaupun badannya sedikit berisi namun kejelitaan Ayu sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Jom kita layan gambar-gambar terbaru Ayu Raudhah.
12 Sila Komen:
assalamualaikum. gambar first ayu dengan baby tu comel betul.. semakin manis sejak berhijab :D
ayu raudhah cantik pakai tudung ^^ subhanallah :)
Nampak mcm che ta . Tapi dia lagi cantik sebab bertudung . Manis je muka . Seri seorang ibu ^^
cantiklah ayu pakai tudung, Harap kekal bertudung sampai bila-bila !
mkin menawan..:)
ayu raudah makin cantik!
Makin cantik dan gebuuu..huhu
seri ibu..terselah..muke bby cm daddy dia lah...
memang awesome...
cantik :)
makin terserlah wajah keibuan..
anggun je :)
Post a comment