✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, May 3, 2013

Gigit Lidah Pencabul Hingga Berdarah


Bukan saja lidahnya digigit sebaliknya turut ditahan dan dibelasah orang awam sebelum diserahkan kepada polis selepas mencabul serta memukul seorang wanita dalam kejadian di sebuah apartmen di Taman Miharja, Cheras, di sini, kelmarin.

Difahamkan, ketika melakukan perbuatan keji itu, lelaki terbabit cuba menjilat mulut wanita berusia 31 tahun itu sebelum mangsa menggigit lidah lelaki berkenaan hingga berdarah.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu, mangsa sedang bersendirian menunggu lif di tingkat sembilan apartmen berkenaan kerana mahu keluar ke kedai.

Menurut sumber, ketika masuk ke dalam lif, mangsa melihat seorang lelaki tidak dikenalinya namun tidak mengendahkannya. Sebaik pintu lif tertutup, lelaki berkenaan segera menghampiri mangsa sebelum memasukkan tangannya ke dalam seluar wanita berkenaan.

“Tersentak dengan itu, mangsa cuba melawan namun diugut untuk dicederakan. Rayuan mangsa supaya lelaki berkenaan menghentikan perbuatan itu tidak diendahkan sebaliknya seluruh badan mangsa diraba,” katanya.

Sumber itu berkata, lelaki itu kemudian bertindak mencium dan menjilat muka mangsa. “Berang dengan perbuatan keji itu, mangsa menggigit lidah lelaki itu sekuat hati menyebabkan dia segera memukulnya menggunakan topi keledar.

“Lelaki terbabit segera melarikan diri sebaik pintu lif terbuka dalam keadaan mulutnya dipenuhi darah,” katanya memberitahu, usaha suspek bagaimanapun gagal apabila dia ditahan orang awam yang mendengar jeritan mangsa.

Difahamkan, selepas mengetahui lelaki berkenaan mencabul dan memukul mangsa, dia turut dibelasah orang awam.

Lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Cheras.

7 comments:

Hanif Idrus said...

Padan muka dia....

Aina Areen said...

hahaha, nak sangat . hambikk kau !

SyasyaHusnina said...

padan muka pencabul tuh...

mawar berduri said...

bagus..mmg padan dengan muka dia..

aieen shuhadah said...

hambik kau ! haha

Cik Fie said...

padan muka . hahahaha .

Remy hazza said...

padan muka..... jahat sangat......

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com