Promosi My Favourite Perfumes Puasa 2014
Cabaran Duit Raya 2014

✿Baca Entry Yang Lepas✿

✿Iklan Terbaik !! Jom Terjah !!✿

Monday, May 20, 2013

Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz "Jahanam La Kau"



Jika anda menonton program Melodi semalam, pastinya anda dihangatkan lagi dengan kisah panas, antara pelakon Afiq Muiz, Eina Azman dengan ibu Afiq Muiz. Nampaknya, isu ini semakin hangat dibicarakan apabila semua media dan program TV berbentuk hiburan buat liputan meluas dan memberikan bahan-bahan eksklusif.

Kerusi Budiey jadi lebih panas, tak boleh duduk apabila Afiq Muiz menunjukkan bukti SMS yang agak kasar yang dikirimkan oleh ibu Afiq Muiz sendiri. Haa, terbakar gak rasanya bila baca SMS ni. Bukan apa Budiey rasa takut tengok kata-kata yang dilontarkan oleh ibu biasanya akan menjadi doa yang diterima Tuhan, kan?

SMS 1: Kau tunggu balasan Allah, hari ni dia bagi kau senang, esok lusa kalau dia nak cacat kan kau atau apa saja, tiada yang dapat melarangnya, aku cuma nak ingatkan kau sebelum terlambat.

SMS 2: Kau yang pilih jalan jahanam. Maka jahanam la kau. Mati kau mati dengan azab. Aku x akan ampun dosa kau.

KENYATAAN DARI IBU SAUDARA AFIQ MUIZ

Pendedahan eksklusif dari Melodi semalam memang berbeza sedikit kerana wartawannya sempat menemubual ibu saudara Afiq Muiz, dikenali sebagai Noreen yang nyata menyebelahi anak saudaranya dan meminta ibu Afiq untuk segera berubah dan mencari jalan penyelesaian terbaik dan khabarnya melalui sumber-sumber yang Melodi dapat, abang Afiq Muiz pula dihalau kerana membela Afiq.

Mak sedara Afiq memberitahu kakak iparnya iaitu ibu Afiq, Hasliza Mohd untuk bertenang dan mencari jalan berbaik semula, Noreen turut memohon agar ibu Afiq bertaubat dan baliklah ke pangkal jalan.

    “Janganlah dihina anak yang baik ini. Anak ini bukan anak yang memberi masalah. Afiq ini bukanlah anak yang jahat.”

Lebih menarik, ibu saudara Afiq menafikanl dakwaan Hasliza bahawa dia yang memperkenalkan Afiq ke dalam bidang lakonan serta asal usul Afiq yang kononnya seorang anak susah dan Hasliza terpaksa menjual burger untuk menyara Afiq.Menurut Noreen, yang menyara hidup Afiq sekeluarga bukanlah ibu Afiq tetapi ayahnya.


KENYATAAN BALAS IBU EINA AZMAN

Sementara itu, nama Eina Azman sekaligus terpalit dengan isu ini memandangkan Eina satu-satunya wanita yang rapat dengan Afiq Muiz. Ibu kepada Eina iaitu Amy Roshaida terpaksa mempertahankan anaknya yang dituduh sebagai kaki kikis. turut tidak merestui jika Afiq Muiz bakal jadi menantunya kerana Puan Amy tidak mahu anaknya kelak hidup dalam kebencian daripada ibu mertua.

    “Anak saya baru berusia 18 tahun dan masih terlalu awal nak cakap pasal kahwin. Tapi kalau lihat dengan keadaan sekarang, saya tak bagi anak saya kahwin dengan Afiq. Eina sahaja telah dituduh mengikis, takkan saya nak lepaskan dia masuk ke dalam keluarga yang akan membencinya nanti. Saya pun hairan kenapa mereka boleh tuduh Eina kikis duit Afiq. Apa yang ada pada Afiq? Kalau betul anak saya kaki kikis, lebih baiklah dia rapat dengan individu yang lebih berkedudukan.”

    “Selepas Afiq dihalau keluar dari rumahnya, saya dan anak (Eina) yang telah lama mengenalinya menjadi orang yang seringkali dia jumpa untuk mengadu sebarang masalah. Saya faham perasaan yang dia alami tetapi kami tidak pernah menghasut atau menghalang dia pulang kerumah.

    “Padahal saya yang menyuruh dia berbaik semula dengan ibu dia. Saya kata pada dia walau apa sekalipun yang berlaku itu ibu. Tetapi dia pula berkeras kerana menurut Afiq, dia lebih mengenali siapa ibunya.

    “Jadi saya tidaklah berkata apa-apa lagi hinggalah nama anak saya tiba-tiba dituduh nak mengikis duit Afiq. Kalau mana-mana ibu pun yang mendengar anaknya dituduh begitu pasti, mereka tidak akan senang duduk.

    “Lagipun kami bukan tak ada duit sampai nak mengikis duit Afiq. Diharapkan orang yang kata anak saya nak mengikis tu siasat dulu siapa yang kikis duit siapa. Tunjukkan bukti anak saya kikis duit Afiq. Cerita begini menjatuhkan maruah keluarga saya.” – Portal Murai


13 comments:

Farah Waheda Wahid said...

dah jadi kait mengait pulak dah...lepas ni jadi makin panjang dan makin besar pulak...

Eraz Fadli said...

makin lama, makin banyak akan keluar..

Normi Nieza said...

xtahu mana yg btl..huhu

Siti Rohaida Yusof said...

macam2 la...xtau siapa yang benar..

Syaz Blackrose said...

makin lama makin pening dengan dunia artis skrang nih.. sapa benar sapa salah pun ntah ler

Iehah Farihah said...

tau, entah apa2..makin lama , makin banyak kes puak2 artis ning..kohor lama, kohor panjang kes!!..
sama-sama x boh ngaloh ekpun.

nini said...

mengarutlah depa ni..laku lah surat khabar, tinggilah rating tv

mawar berduri said...

pening dengan isu nie..

CAPT HASSAN said...

apapun, mak sedara tak bermakna apa-apa .. Afiq wajib jumpa ibunya sebelum terlambat, walaupun apa alasan, syurga ditapak kaki ibu sekalipun ibumu seorang pelacur ..alasan bapanya yang ke apa ke, tak boleh dijadikan sebab untuk derhaka kepada ibu .. balik kepada ibu sebelum Allah mengazab kamu wahai Afiq ..

ISLAM said...

NI NK PUBLISITI JE NI.. PUBLISITI MURAHAN..

Rashidah Zainul Abidin said...

Sy amat setuju dgn komen anda..perfect!! :)

Rashidah Zainul Abidin said...

Sy amat setuju dgn komen anda..perfect!! :)

Hany Gallery said...

Tak rugi ikut cakap ibu kita wpun dr satu sudut ibu kita tak betul. Allah pun suruh kita taat kat ibu kita selagi tidak melibatkan dosa. Ikatan ibu dan anak akan smp ke akhirat, tak akan putus. Ikatan dgn org lain hanya sementara shj. Hbgn suami isteri pun hanya diikat dgn ikatan nikah shj apatah lg jika tak ada ikatan sah.
Balasan Allah tak mesti cepat, mgkn bila kita dah anak nanti, mgkn masa nak mati atau di akhirat nanti. Jgn kerana cinta, kita jd buta. Nasihat sya kpd Si anak, minta ampun kat ibu, anda tak akan rugi malah doa ibu amat2 ptg dlm kehidupan kita. Fikirkanlah utk kehidupan kita didunia dan lebih penting di akhirat nanti.