✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, May 7, 2013

Kisah Rumah Banglo Berhantu di Taiping



Kisah ni berlaku di rumah banglo makcik aku kat Jalan Temenggong, Taiping sekitar tahun 1990an. Nama rumah makcik aku ni 'Sangkuriang Villa'...

Makcik aku ni ada anak laki (sepupu aku) yang boleh nampak benda-benda aneh..kira sixsenth la...
Dari kecik lagi sepupu aku ni boleh nampak hantu & jin masa tinggal kat umah tu. Sampai sekarang dia still nampak lagi tapi tak selalulah mcm dulu. 

Rumah makcik aku ni pulak bekas peninggalan masa zaman british yang menduduki taiping dulu..tahu je lah umah banglo zaman british dulu, bawah batu atas kayu. Ada tiang2 besar dan kat belakang umah makcik aku ni ade pokok ketapang tinggi yang dahan dia mencecah bumbung rumah. Suasana sekeliling redup & suram je.. (skarang ni rumah tu dah jadi opis tentera & makcik aku ni dah pindah tmpat lain). Kalau ade forumer kat sini berasal dari taiping mesti tahu rumah banglo lama sebelah asrama kem askar Taiping tu. Kalo dok kat area umah ni, bila time azan maghrib atau azan subuh je msti dengar bunyi anjing menyalak sayup2 je kt sekitar umah tu..bila kuar tengok takde pun kelibat anjing kat area situ..memang menyeramkan...

Setiap cuti sekolah hujung tahun je aku ngan family selalu datang umah diorang bermalam..so sepupu aku ni mula la bukak cerita...

Dari kecik dia boleh nampak & berkawan dengan jin, dia siap makan,minum & bermain sekali dengan jin tu. Tapi yang bestnye cuma dia je yang nampak tapi orang lain tak nampak. Pernah kitorang suruh dia lakarkan gambaran jin tu, rupa dia macam kartun dalam citer casper... makcik aku ni pada mulanya takut jugak tengok keadaan anak dia ni...

Ada skali tu makcik aku dengar sepupu aku ni borak dengan seseorang kat buaian depan umah dia..bila makcik aku keluar tengok, takde orang lain cuma sepupu aku je kat situ..terus makcik aku tarik masuk dalam umah. Masa sepupu aku nak mandi pulak dia nampak ada tangan berbulu kat celah tingkap bilik mandi tu tengah lambai kat dia. Bila dia pandang balik benda tu dah takde..

Pernah terjadi masa aku dengan family datang tido kat umah dia. Family pakcik aku yang lain pun datang bermalam jugak..So petang tu hujan renyai2, kitorang dengan sepupu yang lain tak boleh kuar umah & just main nyorok2 kat tingkat atas umah dia. Siap main baling2 bantal dan yang bestnye kitorang main baling-baling 1 teddy bear ni sampai tercabut mata dia sebelah. Alih2 tengok, teddy bear tu dah macam ngeri dah...
Pastu masa dekat maghrib tu pulak ade sekor kelawar hitam masuk umah dia. Kitorang pun halau la kelawar tu keluar. Ntah macamana sepupu aku ni pulak tersilap pukul klawar tu dengan penyapu sampai mati... 
then malam tu kitorang tido berhimpit2 kat tingkat atas tu..masing2 dah takut sebab teringat kelawar yang mati tu takut datang kacau kitorang.. 

Tengah malam tu...sepupu aku ni tiba-tiba terjaga. Dalam ramai-ramai tu dia tido tepi sekali..masa tu dlm gelap..dia rasa ade orang mendengus kat sebelah dia (dari tepi dia yang takde org tu). Bila dia bukak mata je dia tengok ada sepasang mata merah terjegil tengah pandang dia macam orang tengah marah.

Apa lagi sepupu aku ni terperanjat terus bukak lampu & kejut sepupu2 aku yang lain. Kitorang semua bangun..pastu dalam dok kecoh2 tu...tiba-tiba ada sedara aku yang lain ni tunjuk ada kesan calar kat badan dia sampai luka2.. kitorang pun tanya la kot2 dia kena apa2 masa tido. Ntah dia cakap takde plak. Sedar2 je dah ade calar tu. Bila kitorng pikir balik agak2nye benda tu kacau sebab kitorang bunuh klawar petang tu kot...wallahualam... 

Sepupu aku ni citer la lagi yang adik bongsu dia masa tu umo dalam lingkungan 4 5 tahun selalu menangis bila tengah malam.. tiap2 malam pukul 12 je mesti menangis macam ketakutan & nampak sesuatu. Ada ustaz yang dok area situ bagitau, kat atas bumbung umah dia ni ade puntianak bergayut, sebab umah dia ni kat atas bumbung tu penuh dengan pokok menjalar yang bersambung dengan dahan pokok ketapang tu..

Ni sepupu aku citer aper yang dia mimpi..

dalam mimpi tu, dia tengah bermain sebelah umah dia..masa tengah bermain tu dia terpandang satu lembaga besar & tinggi berwarna hitam berdiri betul2 sebelah pokok ketapang belakang rumah dia tu.. lembaga hitam tu berbulu dan badannya tinggi melepasi dahan pokok ketapang tu. Ketika lembaga yang menakutkan tu cuba lalu sbelah pokok ketapang tu, tiba-tiba badan lembaga tersebut terkena dahan pokok lalu dahan tu patah...
Keesokannya, biler sepupu aku ni sedar dari tidurnye, dia try lah gi tengok kat belakang umah.. memang betul2 dia nampak dahan pokok ketapang tu patah sama cam dalam mimpi dia... Aper lagi terkejut la sepupu aku ni...

Malam ke-2 pulak...
Masa sepupu aku ni tengah sedap tido kat bilik dia, tiba-tiba dia terjaga tapi dalam keadaan mamai... Dia nampak ader 2 orang datang dekat katil dia. Sorang tu lelaki, dan sorang lagi pompuan berpakaian seperti pembesar zaman kesultanan melayu dulu2, datang ke arah sepupu aku yang tengah mamai ni dan laki tu bagitahu yang dia minta maaf kat sepupu aku coz semalam ada penghulu/orang2nya lalu kat belakang umah tu dengan tak sengaja dah terpatahkan dahan pokok ketapang tu.. Beberapa ketika kemudian sepupu aku ni terjaga & dia terbau wangi seluruh bilik tido dia tu...
Keesokanye sepupu aku ni citer la kat mak dia aper yang dia alami malam tadi.. so mak dia cakap kemungkinan orang tu adalah orang bunian yang tinggal kat belakang umah dia tu...
Bersambung...

18 comments:

✗ ⓕⓘⓕⓘⓨ ⓕⓘⓣⓡⓘⓐⓝⓘⓔ ✗ said...

cerita yang menyeronokan :D hee

Normi Nieza said...

seram gaks..huhu

Shakirah Rosli said...

menarik :D

Cik Aida™ said...

seram la pulak >.<

mimi nasir said...

best tapi serammm. terbayang bear terkeluar mata. hihi

encik cool said...

nape x post tngh mlm jea..baru syokk baca

Anis Lvince said...

wah menarik . nak copy tau kak

combi said...

erk

deno said...

fuh... seram jugak

Che Siti Maryam said...

seram jugak..tak sabar sambungan nyer :)

Aina Sofea said...

wuhh . dah macam cerita hantu tentang kawan kepada kawan saya je . nanti saya tanya kawan saya balik tentang cerita tu then post kat blog . :) serammm macam cite ni

...iSyA Purple* said...

bersambung pulak dahhh... kite tengah syok bace ni.. heheee

boni kacak said...

boleh ke rumah ni kalau pergi taiping jumpa eyma.hehehe

Ct Noraishah said...

menarik jugak...

Nurul Zakira said...

seramnya.... dahlah baca lewat malam...huhu...

Cik Fie said...

serammm

atromenjoe joe said...

Gambar rumah dalam ni bukan gambar sebenar.orang yang bercerita kisah rumah ni ceritanya tidaklah tepat sepenuhnya.saya kenal sangat dengan rumah ini.rumah yang amat hebat!

Nuqman_Hazim_Anons said...

wuu...aku igt lagi masa tu kami ada konvoi motor...so..dh malam..kami p0n cari tempat berehat.nk cri hotel..dipikir balik sehari je p0n..so kami p0n cari la tempat untuk berehat...so...kami jumpa rumah ni..tpi kami x masuk dalam...masing2 dh takot tpi kami beranikan diri ,sambil tu kami baring kt atas motor....pastu..mcm2 la terjadi...aq dh tertidur kt motor...bila aq bgun semua org dh x de...aq dh kelam sgt....tpi aq beranikan diri masuk dalam rumah tu..yg laknatnya sorang p0n x panggil aq masuk dalam rumah tu...last2 aq p0n tertidur lgi...aq terbangun dri tidur aq..pastu xde lgi kwn2 aq kt dlm rumah tu...so..aq pergi kt luar..deme semua ada kt motor..so aq p0n marah la.."apahal korang x kejut aq!?".....pastu salah sorang kawan aq kata"kejut apa ni? aq x phm la"..aq pon marah la.."jgn la buat x tahu korang duk dlm rumah tu tinggal aq sorang je kt luar kalau nk masuk p0n kejut la aq"...pastu kawan aq kata "dude,masa bila kami ada kt dlm rumah tu?"so..aq p0n hairan dan trus pegi kt dlm rumah tu...dan apa yg aq nampak adalah BATU NISAN dan KAIN KAFAN...
so itu je la aq mmpu kongsi...

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com