✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, May 13, 2013

Lisdawati Kini Bertudung, Masih Terima Tawaran Lakonan Menampakkan Rambut



Kalau boleh saya tidak mahu komen pasal penampilan saya ini. Dan saya tidak juga umumkan dimana-mana bahawa saya sudah bertudung atau sebagainya kerana saya tidak mahu dilabel atau dihukum mana-mana pihak terutamanya masyarakat. Sebagai seorang pelakon, saya kena paham dan professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan, harap orang ramai dan peminat tahu mengenai itu. Tetapi dihati kecil saya sendiri saya inginkan perubahan kearah kebaikan. Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.




Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju yang seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh. Ini semua datang daripada diri saya sendiri dan saya buat perlahan-lahan kerana niat saya adalah untuk berubah kearah yang lebih baik dan ia bukan boleh dibuat dengan sekelip mata. Saya mahu orang ramai paham dan bukannya terus menjatuhkan hukuman kepada saya kalau nanti nampak saya berlakon tak pakai tudung kerana saya sendiri tidak mengumumkan saya bertudung atau berhijrah.





6 comments:

Normi Nieza said...

alhamdulillah...

Roslan Putra said...

hijrah ke arah kebaikan

Nur Aqilah said...

semoga kekal mengenakan hijab

Cik Fie said...

alhamdulillah

Azhafizah Md Nor said...

ermm..niat kena betul

PembeRontaK SaM said...

tuhan membukakan pintu hatinya untuk menuju ke arah kebaikan

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com