✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, May 6, 2013

Meninggal Ketika Mengundi



Alor Setar: Tiga warga tua masing-masing dua di negeri ini, manakala seorang di Ipoh meninggal dunia dengan seorang daripadanya ketika memangkah kertas undi pada hari pengundian semalam, dipercayai akibat serangan jantung. 

Rebah ketika pangkah 

Dia memaklumkan berasa pening kepala dan mahu duduk beberapa minit selepas tiba di pusat mengundi. Sebelum memasuki barisan dia tiba-tiba rebah lalu saya membawanya untuk berehat seketika di meja kantin sekolah" R Selvam Saksi

Di Yan, seorang lelaki, Tom Majid, 94, dari Kampung Batu Menunggol, Pendang, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika sedang memangkah kertas undi di Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak pada kira-kira jam 10.55 pagi.

Dia dikatakan rebah secara tiba-tiba di saluran tempat mengundi sebelum disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan Hospital Yan. 

Anaknya, Ismail, 47, berkata bapanya pergi ke sekolah berkenaan untuk mengundi pada kira-kira jam 8 pagi dengan menunggang motosikal bersendirian dan sebaik pulang dia mengadu sakit dada.

“Saya menghantarnya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan ayah disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 12 tengah hari,” katanya.

Di Ipoh, seorang lelaki, V Selvaraju, 56, meninggal dunia di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simee, selepas mengalami serangan jantung.

Saksi kejadian, R Selvam, 57, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, Selvaraju mengadu sakit dada dan sukar bernafas berhampiran pusat pengundian.

“Dia memaklumkan berasa pening kepala dan mahu duduk beberapa minit selepas tiba di pusat mengundi. Sebelum memasuki barisan dia tiba-tiba rebah lalu saya membawanya untuk berehat seketika di meja kantin sekolah.

Tak sempat mengundi

“Keadaannya masih belum pulih selepas beberapa minit berehat dan saya mengambil keputusan untuk meninggalkannya sebentar sebelum kembali dan memeriksa nadinya yang tidak lagi berdenyut,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian, semalam.


4 comments:

Shakirah Rosli said...

Innalillah . Moga beliau meninggal dlm keadaan yg baik dn dirahmati . Amiin

Normi Nieza said...

takziah...

Nour Adieb said...

takziah...

Cik Fie said...

takziah

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com