Sebelum ini menerusi akaun facebooknya, Ustaz Kazim Elias pernah mendedahkan beliau pernah disantau kerana ada manusia yang tidak suka dengan ceramahnya, alhamdulillah beliau sembuh. Tetapi kali ini nampaknya beliau terpaksa mengalah. Menurut Ustaz Kazim,
“Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.
“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.
Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.
Kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.
Selain itu, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.
12 Sila Komen:
kesiannye. sdg kn, dia buat benda baik. bkn bnda buruk.
apa yang orang tu benci sangat dengan ustaz ni?
Sampai macam tu sekali ? Astaghfirullahal'azim ish2
ini baru cabaran sebegini. Rasulullah s.a.w lagi hebat cabarannya menyampaikan dakwah.
bukankah apabila kita mati apabila berdakwah kepada orang lain satu jihad.
jika beliau dibunuh atauy dipukul, sudah pasti ganjarannya sangat besar di sisi Allah. kenapa mesti takut
dye risau akan keluarganya . Kesian ustaz .
astarfirullah azim..
org nak bg ceramah pun kena ugut bunuh..
nauzubillah..
ramai org yg xpuas hati dgn ceramah politiknya.seolah ceramah politiknyer berat sebelah..dat y la..
Astaghfirullah
kalau nak menegakkan islam, xpayah la nak takut. dia banyak politik. siap kata pasal hudud lagi, tu orang marah.
Dia x menyebelahi mne2 pihak.dia cuma menegur pihak yg dilihatnye tlh byk mnyimpang dr ajaran agama yg sebenar.kita sbg hambaNya wajib menegur sesama sdr kita yg dlihat tlh byk trpesong.kita brdosa besar klu tahu sesuatu tu x betul tp x berani menegurnya.
Dunia dah akhir zaman camni la jadi nye ustaz pun x dihormati.Dia smpaikan perkara yg benar nape nak pertikaikan.Dah tentu ilmu agamanye beh tinggi dari kita.Org yg yg x cukup ilmu jek x maw trime teguran walaupun hakikatnya apa yg ustaz kazim katakan itu benar di sisi agama
kesian..buat menda elok pun org x puas hati..
Post a comment