Dirotan guru sekolah di bahagian tangan dan badannya sehingga cedera gara-gara lewat hadir ke sekolah. Sehubungan itu, ibu bapa seorang pelajar tahun enam melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak sekolah yang menyifatkan hukuman itu tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan.
Kejadian berlaku Selasa lalu apabila Muhammad Aiman Haziq lewat kira-kira 15 minit memasuki kelas Sekolah Agama sesi petang. Dia kemudian dipanggil ke Pejabat Guru Besar bersama beberapa pelajar lain yang turut lewat. Mereka terus dirotan di bahagian tangan.
Namun Muhammad Aiman turut dirotan di bahagian bahu sebanyak dua kali. Akibatnya bahagian berkenaan luka kecil dan lebam. Anaknya yang dibawa ke sebuah klinik untuk rawatan kemudian diminta merujuk kes anaknya ke Hospital Selayang. Laporan polis turut dibuat di Pondok Polis Hospital Selayang pada hari sama. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor, Jais turut dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan. Boleh tengok video di buletin tV3 --> TEKAN
6 Sila Komen:
zalimnyer..huhu
Nama pengetua dan sekolah tu patut disiarkan biar malu!Benci dengan tenaga pengajar yang macam ni.Kalau mengajar percuma tu takpe juga,ni gaji ribu-ribu juga.
sekolah agama tu saya kenal tapi tu sebenarnya sekolah swasta kalau nak manjakan anak pun agak2 saya pun terasa
Assalamualaikum,
Iklankan apa saja barangan yang anda ingin jual atau iklankan perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info
Terima kasih
kejam gila ckg tu ! :(
kejam banget .. mungkin cikgu tu stress kot
Post a comment