✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, June 25, 2013

Kisah Sedih Pelajar Jordan Setelah Kemalangan Maut di Petra

Kisah Sedih Pelajar Jordan Setelah Kemalangan Maut di Petra | Ekoran berita seorang pelajar Malaysia maut ketika dalam perjalanan ke Petra (tempat peninggalan para nabi di Jordan), admin Kezoom cuba mencari beberapa lagi sumber mengenai kemalangan tersebut. 


 [cedera ditempurung kepala dan tulang belakang.] 

Untuk info, jenazah pelajar yang terkorban, Almarhumah Saudari Sumaiyah Binti Romli telah tiba malam Isnin jam 10.35 malam di Lapangan Terbang Pulau Pinang dan jenazah terus dikebumikan pada malam tadi juga di Tanah Perkuburan Masjid Al Bukhary, Alor Star. 

Menerusi sebuah blog, Kezoom mendapat tahu kemalangan tersebut sebenarnya telah melibatkan dua nyawa. 


Muhammad Nazirul Seorang lagi mangsa merupakan bayi yang masih didalam kandungan (berusia 8 bulan) yang mana ibunya Humairak Binti Ibrahim dan bapanya pula Muhammad Nazirul, kedua ibubapa bayi ini selamat dalam tragedi tersebut. 

Untuk info, jenazah bayi tersebut telah pun selamat dikebumikan di Wadi Musa, Petra., Jordan. Kubur bayi Nazirul dan Humairak Pelajar Maut Sempat Hantar Mesej Kepada Bapa Dalam kejadian malang itu, Almarhumah Sumaiyah merupakan antara mangsa yang tercampak agak jauh berbanding yang lain, dan ketika sedang dibawa ke hospital (didalam ambulan) Muhammad Nazirul yang berada dalam satu kenderaan dengan Almarhumah Sumaiyah sempat mendengar Almarhumah Sumaiyah mengucap dua kalimah syahadah tanpa bantuan sesiapa. Antara petikan di blog tersebut,

"aku tercampak keluar dengan sumayyah.aku dengar sumayyah menjerit.sumayyah tercampak hingga kehujung gaung.aku dengar humai cakap sakit..sakit.. tapi apa yang aku boleh buat?aku tak boleh bergerak.tangan n kaki aku patah.." 

"kedudukan korang dalam kereta macam mana?" 

"aku sebelah kriey.belakang aku kak ili,tengah humaira.belakang kriey sumayyah.kitorang semua tidur masa tu..kriey je berjaga drive.." 

"kau tercampak jauh?"

 "tak sejauh sumayyah.aku rasa macam mati je masa tu." 

"Allah bagi kau nyawa kedua..Allah nak kau jaga humai.." 

"aku naik satu ambulan dengan sumayyah.sbb orang arab selamatkan siapa yang kat luar dulu. aku dengar sumayyah mengucap.." 

Info terkini dari FB MPMMJ (Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ)

1) Saudara Mohamad Shukri Bin Alias berada dalam keadaan stabil, beliau telah selesai menjalani prosese CT Scan, setelah pemeriksaan, tiada sebarang pendarahan dalaman yang berlaku dan doktor memaklumkan tekanan darah beliau agak tinggi. 

2) Saudari Humairak Binti Ibrahim juga berada dalam keadaan stabil, beliau sekarang sedang mendapat kawalan rapi daripada para doktor dalam usaha memulihkan semula saliran darah dalam badan, beliau dilaporkan akan dibenarkan keluar dalam masa terdekat. Insya Allah. 

3) Saudari Nur Ili Dayana binti Mazlan dilaporkan dalam keadaan stabil, namun masih lagi tidak mampu untuk bangun, dimaklumkan Saudari Ili akan dibenarkan keluar dalam masa 2-3 hari yang terdekat. Insya Allah. 

Untuk maklumat semasa Saudara Muhammad Nazirul dan Almarhumah Saudari Sumaiyah masih lagi dalam usaha kemaskini, sebarang perkembangan akan disampaikan dari semasa ke semasa. 


(FB MPMMJ) Buat sementara waktu, akaun bank 
Akaun : Maybank No. Akaun : 1630 4627 8572 
Penama : Salsabila Al Mardiah Binti Mohammad Yunus. 

Maybank mengalami masalah teknikal, dan sebarang transaksi buat ketika ini tidak dapat dijalankan. Buat ketika ini, sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui Paypal di alamat : elrdhiyyah@gmail.com

3 comments:

LiYa HaNiF :: said...

takziah buat keluarga yg terlibat.. moga rohnya di tempatkan di kalngan orang yg beriman... buat yang selamat semoga Allah melindungi kalian semua..

Cik Fie said...

sedihnya :(

zahraa said...

[UP-DATE KOS PERUBATAN SHUKRI DAN MEMOHON DERMA KILAT]

Jumlah Terkumpul Dari Kutipan Akaun MAYBANK & PAYPAL kini: JD 6, 500.00 / RM 29, 250.00

Kos Pembiayaan Rawatan WAD ICU (per-night) : JD 1300.00 (TANPA PEMANTAUAN DOKTOR)

- Kesihatan beliau kini semakin bertambah baik tanpa tiub air kencing dan sudah boleh ke tandas dengan bantuan. Beberapa pelajar perubatan JUST akan berusaha untuk memindahkan beliau ke wad biasa dan memaklumkan info kesihatan serta keperluan kos perubatan beliau dari semasa ke semasa.

Sumbangan masih boleh diteruskan ke akaun MAYBANK : 1630 4627 8572

Paypal: elrdhiyyah@gmail.com

26 Jun 2013, Rabu.
Salsabila Al Mardiah Binti Mohammad Yunus,
Timbalan Bendahari MPMMJ 2013/2014

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com