✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, June 21, 2013

Pelakon Cilik Finie Don Kemalangan Teruk Di Cyberjaya


Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya – Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlibat dalam satu kemalangan teruk di Cyberjaya beberapa hari lepas.

Menurut Finie Don, walaupun bahagian depan keretanya hancur remuk namun beliau bersyukur kerana dia dan rakannya hanya mengalami kecederaan ringan. Finie terpaksa menerima tiga jahitan pada kakinya manakala rakannya tidak mengalami sebarang luka teruk.



Difahamkan, Finie Don yang menuntut di Universiti Lim Kok Wing, sedang dalam perjalanan pulang dari kelas ke asramanya yang terletak di Pulau Meranti, Cyberjaya. Bagaimanapun, kereta yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tiang elektrik.


6 comments:

Rashidy Shidy said...

Untuk pengetahuan, Finie Don ialah junior aku di limkokwing. Finie Don mengalami kecederaan ringan tetapi ingin membetulkan statement, rakannya cedera agak parah di giginya dan dihantar ke hospital serdang. Dan dibenarkan pulang pada hari khamis agaknya...

Aniq Bukhary said...

Junior kau erk?? Aku sekelas ngn dia pun x bising.. Btw, Alhamdulillah semuanya dah settle. member dia Izah pun dah ok..

Mimie Najib said...

Ya Allah.. nasib selamat..syukur..

Nurfaezah Abdullah said...

Alhamdulillah mereka selamat

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

semoga cepat sembuh kesemuanya.. amin... ishhhh kesian betul mereka

suhadah saad said...

eleyhhh shidy, finie tu pon junior aku lah :P hahahha.. alhamdulillah, dia dah selamat.. cuma member dia je yg teruk sikit..

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com