✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, June 6, 2013

Rintihan sedih Ibu kepada Nursyuhada, mangsa kelar leher teman lelaki

Walaupun pelajar Uitm yang menjadi mangsa kelar teman lelakinya sudah pun di kebumikan, berita ini menyentap hati-hati yang mengenali Nursyuhada terutamanya ibu yang melahirkan arwah.

Wanita terbabit, Nor Azlina Dawari, 44, berkata, dia dan suami, Johari Hashim, 55, pernah beberapa kali menasihatkan suspek supaya tidak mengganggu mangsa, Nursyuhada, 20, namun tidak dihiraukan.

Nor Azlina juga memberitahu, mereka menghalang suspek yang merupakan rakan sekampung daripada menjalinkan hubungan dengan Nursyuhada itu kerana dia disyaki terlibat dengan penagihan dadah.

“Namun saya tidak menyangka dia sanggup bertindak sedemikian terhadap anak saya. Insiden semalam tidak dapat dilupakan apabila saya menerima panggilan daripada rakan Nursyuhada mengatakan dia diculik dengan diacukan pisau oleh lelaki itu.

“Saya cuba menelefon untuk merayu agar anak saya tidak diapa-apakan namun tidak dijawab sehingga suami terpaksa menelefon keluarganya sebelum diberitahu dia telah menikam anak saya.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu. Kenapa sanggup dia bertindak kejam terhadap anak saya yang baik hati,” katanya ketika ditemui di Kampung Cherok Mokkan, Napoh.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, Nursyuhada yang merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak.

Menurut Nor Azlina, walaupun terkejut dan bersedih dengan tragedi tersebut, keluarganya reda dengan pemergian anak kedua daripada enam adik-beradik itu.
“Arwah seorang anak yang periang dalam keluarga dan beberapa hari sebelum kejadian sikap manjanya menjadi-jadi kepada kami sehingga saya tertanya-tanya namun saya tidak sangka perkara seperti ini akan menimpanya,”katanya.

Ibu mana yang tidak sedih atas kehilangan anak tersayang, anak yang di besarkan dari kecil sehingga besar. Apapun marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat arwah.
sumber : http://plbgaimacam.blogspot.com/

6 comments:

nurul ezzatie said...

Datang bertandang dari segmen yang sama =)

http://www.qaleshyaumairah.com/2013/06/segmen-3-hari-bersama-puan-qaleshya.html

done follow #4310

Noor Najwa said...

singgah dri segmen yg sama.. blogwalking + follow sini
http://muslimahsejati96.blogspot.com/2013/06/segmen-3-hari-bersama-puan-qaleshya.html

AyuInsYiraH said...

assalam..ayu datang dari segmen yg sama...

ada masa nanti singgah la ke blog ayu...follow dan join segmen ayu sekali ye...tq...hehehe..

http://www.ayuinsyirah.my/2013/06/segmen-3-hari-bersama-puan-qaleshya.html

Kasih Lestari said...

Datang blogwalking dari segmen yang sama

http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2013/06/segmen-3-hari-bersama-puan-qalesyha.html

Amalia said...

assalamualaikum....
coming from the same segment :D

would u like to join my bloglist?
http://fashionistaamalia.blogspot.com/2013/06/searching-for-bloglist.html

cik kumbang said...

Blogwalking here dari segmen yang sama
Gud Luck ! :)
selalunya jadi silent reader je kat KisahEmasPutih ni kui3

TIPS AGAR KEBAIKAN BERTERUSAN
What will your last 10 years look like?

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com