✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, June 28, 2013

Tun Mahathir Akan Ambil Alih Ketua Pembangkang Jika Anwar Ibrahim Dipenjara.

Tun Mahathir Akan Ambil Alih Ketua Pembangkang Jika Anwar Ibrahim Dipenjara. | Pakatan Rakyat kini semakin risau untuk mencari siapa pengganti kepada Anwar Ibrahim jika beliau dijatuhkan hukuman penjara kerana meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Semalam, Hakim menetapkan bahawa lagi dua minggu keputusan Mahkamah Persekutuan akan dikeluarkan sebelum proses rayuan terkahir Anwar Ibrahim dijalankan. Maka misi pencarian pengganti Anwar makin singkat tempohnya.

Sebenarnya, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu risau dan susah payah mencari siapa yang layak mengambil tugas Anwar Ibrahim untuk menentang DS Najib Razak dan juga BN. Menurut pemimpin Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim, sudah ada individu yang layak bagi tugas tersebut.

Menurut Zamil, Tun Mahathir dan juga Tun Daim telah bersedia untuk menggalas tanggungjawab Anwar mengkritik kerajaan pimpinan Najib. Malah, Tun Mahathir dan Tun Daim lebih hebat dari Anwar kerana negarawan itu lebih bijak dan lebih pedas kritikannya.

Sebelum ini, Tun Mahathir telah membuktikan kehebatan beliau dengan menjatuhkan pentadbiran Tun Abdullah Badawi dengan hanya sebuah blog. Anwar pun tak sehebat itu kerana dari tahun 1999 sehingga sekarang, Anwar belum dapat menumbangkan kerajaan pimpinan Najib Razak.

Ini semua menunjukkan bahawa PR kini telah mempunyai Ketua Umum yang baru secara tidak langsung. Maka tak perlu lagi dirisaukan mengenai siapa pengganti Anwar kerana 'guru' kepada Anwar lebih layak dan bersedia.

Dan jangan hairan, jika pemimpin-pemimpin PR sendiri merayu kepada Tun Mahathir dan juga Tun Daim supaya menyertai kumpulan mereka untuk menumbangkan kerajaan BN dan juga merampas Putrajaya. - Chewan/Utaranews.- 

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com