✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, June 26, 2013

Takziah ! Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia



Takziah diucapkan kepada penyanyi Siti sarah dan keluarga yang telah kehilangan ibu tercinta yang meninggal dunia kira-kira jam 6.35 pagi tadi.

Arwah yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri dan dikebumikan di Gombak kira-kira jam 12 tengah hari tadi. 

"Saya mewakili Siti Sarah yang sedang bersedih di atas pemergian ibunya berasa lega apabila melihat ibu mertua saya pergi dengan keadaan yang sangat tenang di Hospital Ampang Puteri, pagi tadi. 

"Malah sejak saya mengenali Sarah sekaligus ibunya 3 tahun lalu, saya sudah melihat keperitan dan kepayahan ibunya menanggung sakit itu dan saya rasa saya sendri tidak tertanggung bila melihat dia menderita. "

Jadi bila dia menghembus nafas terakhir pagi tadi, kami sudah rela dan redha dengan pemergiannya kerana kami sudah tahu usianya tidak panjang lagi dan sudah bersedia menerima ketentuan daripada Tuhan," ujar suami Sarah,Shuib. Sumber

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com