Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka menjalani kehidupan dengan mengutip sampah-sampah untuk tujuan kitar semula. Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital.
Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu. Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental.
Dalam pada itu, jiran-jiran telah meminta supaya pihak berkuasa mengambil bayi berkenaan, agar kejadian sama tidak berulang. Penyakit mental menjadi isu utama yang dibangkitkan di China dan satu analisis kesihatan yang dikeluarkan oleh empat wilayah di China pada 2009 yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet menganggarkan 91 peratus daripada 173 juta penduduk di China dipercayai mengalami masalah mental.
12 Sila Komen:
kasiannya. ad juga ibu yg sanggup buat mcm ni kat anak dia
ya allah..kejam nye..sampai hati buat anak macam tu..isk..isk..
Sampai macam tu sekali apelah ibu kejam sangat.
terdiam.. tak tau nak kata apa.. sedih :(
aduhai..napa la kejam sangat si ibu tu..anak tu kan kecik lagi..
kesiannya...knape buat mcm tu..sedih-sedih
kesiannya :(
kesian bby nie..
dahlah tembam, comel sgt..
kejam ibunya .. kesian baby tu ..
kejam !! :(
kasihan baby tu....
erkk...kesiannn
Post a comment