Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi langsung daripada MOF, kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis sedikit. Tetapi harapan tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi & juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan & aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank sahaja.
Setakat hari ini, nah….inilah dia maklumat & angka bonus Raya 2013 yang Berita Semasa telah berjaya perolehi, di mana Perdana Menteri telah pun selesai mengadakan mesyuarat di MOF.
Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :
Kakitangan Awam : RM500
Pesara Kerajaan : RM250
Pengumuman Bonus Raya 2013
Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013
Hari : Rabu
Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)
Walaubagaimanapun terpulang kepada budi bicara dan pertimbangan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia sewaktu pengumuman kelak.
Berita Semasa dimaklumkan akan ada pengumuman rasmi samada 24 Julai atau 31 Julai 2013 ini, melibatkan tuntutan bonus raya 2013 kali ini oleh kakitangan awam. Nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dan yang pastinya bonus hari raya 2013 kali ini, tidak akan dimasukkan sekali dengan slip gaji seperti yang diharapkan. Ini kerana gaji penjawat awam telah pun siap diproses. Memang tidak sempat.
P/S : Dan kepada peniaga pula, dengan adanya pengumuman bonus hari raya kelak janganlah ada peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati.
18 Sila Komen:
asyik bonus manjang.keje lembab jugak...ehe
wah :)
alhamdulillah drpd tiada langsung.
wah untunglah orang kerja gomen...
Mna boleh lwn swasta nyer bonus....
Mna boleh lwn swasta nyer bonus....
Kalau ada rezeki-tak ada jangan sedih :)
**MJ bukan pekerja Gomen** heheee
500 pn jadi la.. Bersyukur....
Swasta dapat 2 3 bulan bonus kan.. Bersyukur la korang dapat lagi banyak... :)
wah sedapnye ngata encik harith iskandar.. x semua org gomen lembap tahu..
bestnya. =)
p/s: pembawa wacana - tak sume swasta dpt bonus 2-3bulan.tp syukur seadanya.ngeee...
sedapnyer mengata org gomen lembab...
amboiii..sedapnya mengata yer....
Memanglah bonus swasta lagi banyak kan, skurangnye bersyukur lah sikit dengan ape yang diberikan.
Actually kerje kerajaan lagi byk benefit dr swasta that's why ramai skunk berebut2 nak kerje kat kerajaan.
alhamdulillah..
nie pn kre bersyukurlah nasib ada bonus tuk kakitangn kerajaan, klu nak bandgkan swasta ngan kerajaan mcm sy nie mmglah berbeza dari segi pemberian bonus, bidang tugas pn berbeza jga kan......
untung org gomen...swasta ikut firm yg die keje,ada bonus ada la,x de x de la...org gomen kene byk bersyukur sbb ada badan yg jaga kebajikan mereka..~org swasta~
harap2 ada la...buat duit poket..hihi
alhamdulillah...walau xde bonus tetap bersyukur dengan sumber rezeki yang ada..kjar bonus ramadhan lak..:)
Post a Comment