Ujian ALLAH datang dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang ada perkara yang berlaku sememangnya tidak dapat diterima akal manusia biasa. Dan kita akan berkata. "Cuainya Dia". Tapi itulah yang di katakan tadir dan penyebab terjadinya sesuatu.
Inilah yang berlaku kepada seorang ibu kepada anak bongsu daripada dua beradik, Nawal Iris Samsudin, 3, yang mati akibat lemas selepas ditinggalkan selama enam jam di dalam kereta Perodua Myvi miliknya bermula pukul 11.30 pagi hari Khamis.
Mayat kanak-kanak malang tersebut hanya ditemui oleh ibunya, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, selepas selesai mengajar sesi petang di sebuah sekolah menengah di USJ4, pada pukul 5.30 petang. Ketika ditemui, muka Nawal kebiru-biruan dan bajunya dibasahi peluh selepas lemas akibat ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di bawah panas terik.
p/s: Difahamkan, puan Nor Zatusy tidak sedikit pun meyedari anaknya berada di tempat duduk belakang kereta miliknya, sehinggalah kejadian berlaku. Mungkin ada yang akan berkata "Camna boleh tak perasan". Tapi itulah yang terjadi dan ini yang dinamakan takdirkan. Semoga beliau tabah dengan ujian ALLAH.
9 Sila Komen:
malang mmg tak berbau..
hope boleh jd iktibar pada org lain..
sebelum kuar kereta tu rajin2 ler chek seat belakang.
jgn main redah jer kuar.
Betul..mmg ajal anknya hari tu..x kurg sesaat dan cepat sedetik sbbnya dia dh bka pun pintu kereta blkang amik beg dia sblm ke pejabat sekolah... Sedih dan pedih tu..kami ibu yg berkerjaya guru amat trut terasa..tmbh2 bila dia dia cemuh..lagi lah.. Org yg sedap kata tu...cuba lah kna kt diri... Apa dia rasa.. Huhu...
harap si ibu tabah menerima dugaan.
hmm macam2 kan dunia sekarang ~
ya .. kadang kekuasaan Allah tak dpt difikir dengan akal manusia,Betapa hebatnya
astaghfirullah .
sampaikan salah kepada guru ini. semoga dia tabah. saya faham keadaannya. kerana saya juga guru. sangat simpati dengan apa yang berlaku padanya
takziah..al-fatihah
sedih baca..takziah dan al-fatihah buat anak kecil itu..
Post a Comment