Candy Crush Kaut Keuntungan Sebanyak USD633 Ribu Setiap Hari - Bagi mereka yang menggemari permainan di dalam telefon pintar mahupun tablet, nama Candy Crush Saga sudah semestinya sangat sinonim dan sering menjadi permainan kegemaran ketika ini. Namun, tahukah anda bahawa syarikat yang menghasilkan Candy Crush Saga ini menerima hampir USD633,000 keuntungan setiap hari?
Walaupun permainan ciptaan King.com Limited boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna Android dan iOS, namun ia turut menawarkan pembelian dari dalam aplikasi itu sendiri. Pemain diberi peluang untuk membeli beberapa bantuan dan alatan di dalam permainan berkenaan untuk mara ke peringkat seterusnya. Secara puratanya, seorang pemain Candy Crush Saga akan membelanjakan sebanyak USD2.84 sehari. Buat masa ini sudah terdapat lebih daripada 6.7 juta pemain aktif untuk permainan ini.
Candy Crush Saga sememangnya telah menjadi ketagihan di kalangan pengguna telefon pintar dan tablet masa kini sehingga ada yang sanggup berhabisan wang untuk ke peringkat seterusnya. Meskipun tiada kewajipan untuk membeli alatan atau bantuan berkenaan untuk mara ke hadapan, namun sifat manusia yang mudah hilang sabar sering menjadi faktor penambahan keuntungan kepada King.com Limited. Berbaloikah anda membelanjakan wang anda di dalam permainan sebegini?
13 Sila Komen:
kayala...:)
Game dia mmg addictive! :D
kaya gilerrr...nsb dah xjadi penyumbang..hehee
Kaya lorh..huntung la.. Tak prnh lg membeli. Huhu
sape la yg addicted sgt tu sampai sanggup beli nyawa hehe..request kat kawan2 pun boleh apa..x pun update je tarikh kalo main kat android la huhu
Nurin pun memang main game Candy Crush ni hahh . bila nyawa dah habis, memang TERpaksalah menunggu nyawa yang seterusnya .
Membazir lak aih nak beli nyawa ._.
perghhhh jutawan..akak dah tak main dah pasal lama dah stuck kat level 65
Hmm.. Mmg ketagih betui siapa yg labur duit tu.. Harap ehsan kengkwn utk terus berthn.. Hehe
kaya gila :)
nasib baik aku pki aplikasi freedom semua boleh beli.free
nasib baik aku pki aplikasi freedom semua boleh beli.free
candy crush mmg best. :)
Main jugak game nehh , tapi tak ada lahh sampai membazir wang sanggup tunggu beberapa minit
Post a Comment