✿Baca Entry Yang Lepas✿

Saturday, July 6, 2013

Kaki Jasmin Hamid Melecur


Kaki kanan dan kiri pelakon Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu. Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain. 

"Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panas tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami. 

"Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh dan air panas itu terkena pada kami. Sayalah yang paling teruk sekali terkena. Kesan lecuran di bahagian peha kaki kanan Jasmin. Mujurlah budak kecil tiada ketika itu," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. T

ambah Jasmin, lecuran pada kedua-dua belah kakinya itu membuatkan dia terpaksa berulang-alik ke klinik untuk membersihkan luka tersebut. Malah katanya, dia turut mengalami kesukaran untuk tidur kerana rasa tidak selesa dan sakit pada paha dan betis yang melecur itu. "


Bayangkan, doktor terpaksa menyiat kulit di bahagian lecuran itu keran takut jika ia menggelembung. 

"Saya percaya kerana lecuran ini juga, ia akan meninggalkan kesan parut. Itu pun saya tak tahu bila kaki saya boleh pulih sepenuhnya. Kesan lecuran di bahagian betis kaki kiri Jasmin. 

"Saya risau, kerana masalah ini, penggambaran yang melibatkan babak saya itu tertangguh dan pada masa yang sama tawaran-tawaran lakonan lain juga akan terganggu," ujarnya. Dalam pada itu, Jasmin agak kecewa dengan kejadian tersebut kerana menganggap pihak produksi tersebut iaitu Summit Treasure Production leka dengan tugasan serta keselamatan ketika di set penggambaran. 


"Mereka sepatutnya perlu berhati-hati. Sepanjang 20 tahun saya bekerja sebagai pelakon, inilah kali pertama insiden seperti ini berlaku terhadap saya dan harap kejadian ini menjadi pengajaran buat mereka serta produksi-produksi di luar sana," tegasnya. Bagaimanapun, jasmin belum memikirkan untuk melakukan sebarang tindakan terhadap produksi tersebut.

11 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Ya Allah, kesiannya... lepas kena melecur tu, memang kena balut... kalau tak, jadi hodoh bila kulit baru nak naik..

Nur Ainin Sofia said...

Selepas ini tutuplah aurat penuh. Kalau ditutup dengan kain,tidak akan melecur teruk seperti itu.

Etuza Ezawarna said...

sesungguhnya ujianNya itu akan datang secara tiba2 demi mengajak kita bersabar..harap ambil iktibar terima hakikat dengan tenang. malang tak berbau...

Amirul Ramli said...

uiihh... ni teruk betul melecur ni. air yang baru mendidih agaknya. terkoyak kulit.

Maria Firdz said...

Ee.. Truknya... Hmm...

ishy77 said...

aduhh..sakitnya..huhu

Aina Sofea said...

erhhh ! sakit tuu ><

Cik Fie said...

teruknya :(

NinaAz said...

Huuuu... terasa sakitnya

Gadis Shoot said...

terasa macam kakiku dilumuri ayaq panas ~

fezzfarezzi said...

faham2 le akak oii.. tu amaran xbagi pakai seksi2.. nah kan dah xlawa kalau pakai skirt, nampak parut..

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com