✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, July 11, 2013

Lebih Sejam Suami Belasah Teruk Isteri Tak Kejut Sahur

Gambar Hiasam

Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur, semalam. 

Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di Kampung Baru, di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan ganas suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya. Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan pecah di dapur rumahnya. 

“Dia bergegas ke dapur dan melihat suaminya sedang menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak memberi jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa. “Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun bersahur,” katanya. 

Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang diri. Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan suaminya itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah. “Mungkin disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan menyepak isterinya itu. 

“Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu hampir pengsan,” katanya. Menurutnya, suspek kemudian dengan selamba meninggalkan rumah tanpa menghiraukan isterinya yang kesakitan manakala mangsa segera menghubungi rakannya meminta bantuan sebaik saja ditinggalkan. 

“Mangsa yang dibantu rakannya itu membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.

16 comments:

shameel Iskandar said...

ganasnya. malangnya wanita yg bersuamikan jantan mcm ni

Normi Nieza said...

eii..ada lagi setan bulan mulia nie..huhu

Che Siti Maryam said...

takot pulak nak kawin...huhu

Pn.bayu said...

aduh...kesiannya... apa makna puasa bagi suaminya itu ek? reti plak nak bersahur..tentu la puasakan kan?? tapi, puasa yang tak bagi makna dan keinsafan ...baran tetap baran....choii! ini puasa kering je namanya....sakit pulak hati kite.

Mime MF said...

tak layak digelar suami & lelaki..nmpk dayus dsitu..

Sukma Haron said...

manusia yang bertopengkan hawa nafsu kebinatangan.......

Syeeda said...

hal kecik pun sampai nak dera isteri. baran sungguh la

nur matdaud said...

lwn je blik......kaumhawa mmg slalu kna klau diam jew......

keli menari said...

punca bangun awal pukul 4 takut laki marahh..ahhh tak kawen lg ni dh mcm2 ada kes

Noor said...

mujur bln puasa..kalau x,kaw2 org maki jantan cmnih!!huhu..ksian istri dia.

mentari alam lembayung alam said...

adui..kesiannye dia..

combi said...

kesiannye

Nur Aqilah said...

kasihan isteri dia. si suami nie baran tak bertempat

Aduka Lara said...

itu ajaran yg terbaik tp jgnlah hnetak bini tu mcm tu x kesian ke tp kawnanya x gunalah pi repot polis hancur rumah tangga diaorg... guna jalan panjang ini jalan pendek... bila dah repot sisuami pasti berdendam dan bermasam musa.. pasti tidak baik untuk kehidupan... bodoh bangat!!! sebaiknya didoakan..

BoB said...

nk pose, tp hentak2 bini...mengong agknyer....hahaha!!

Cik Fie said...

astaghfirullah .

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com