✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, July 31, 2013

"Nak Tengok Cucu Jumpa Saya Dulu" ~ Farid Kamil



"Nak Tengok Cucu Jumpa Saya Dulu" ~ Farid Kamil | "Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu" begitulah kata Farid Kamil ketika mengulas tentang hubungannya dengan ibu mertua, Norsiah Ramli.

Tambah Farid Kamil lagi, ada beberapa perkara perlu diselesaikan antara dia dan ibu mertuanya sebelum membenarkan wanita itu bertemu dengan cucu dan anaknya, Diana Danielle.

"Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.

"Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati," katanya.

Farid yang ditemui pada majlis sidang media drama Jodoh Itu Milik Kita pada Isnin lalu. Katanya lagi, Diana Danielle sendiri turut berasa kecewa dengan sikap ibunya yang tidak merestui perkahwinan tersebut.

"Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar.

"Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin," ujarnya.

Sebelum ini Farid pernah menyatakan perasaan marah dan kecewa terhadap ibu mertuanya melalui laman sosial twitter peribadinya.

"Nak Tengok Cucu Jumpa Saya Dulu" ~ Farid Kamil

Dalam pada itu, bercerita tentang kelahiran anak sulungnya pada 2 Julai lalu, Farid berkata dia tidak dapat mengambarkan perasaannya bergelar bapa.

"Saya sukar untuk mengambarkan perasaan saya yang gembira, banga, sedih yang bercampur baur ketika melihat bayi lelaki itu.

"Buat masa ini kami belum memberi nama dan belum pun mendaftarkan kelahiran bayi ini lagi kerana tidak digalakkan untuk membuat proses tersebut di sana," katanya.

Farid berkata, proses tersebut akan dilakukan di Malaysia selepas mereka pulang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.

Dalam pada itu, Farid berkata isterinya berada dalam keadaan sihat selepas bersalin dan masih berada dalam pantang.

"Diana sihat cuma selepas bersalin dia lebih emosi dan bersikap "mother blues" iaitu terlalu melindungi anaknya.

"Saya sendiri tidak dibenarkan memegambil bayi itu terlalu lama dan sentiasa takut orang ambik anaknya," katanya.

3 comments:

Harith Iskandar said...

adat berumahtangga.ada pasang surutnya...

Cik Fie said...

:)

TeQah Khaire said...

Kesian betul diorg nih, mak pula xrestu tp bg anak kahwen. Haishh

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com