✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, July 22, 2013

Bekas Isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Dihukum Penjara

Bekas Isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Dihukum Penjara | Berita Harian melaporkan yang Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebentar tadi memerintahkan bekas isteri pelakon dan pengacara Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi dijatuhi hukuman penjara tujuh hari mulai hari ini selepas ingkar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan dan bermalam anak mereka, Zahrah Rania.

Hakim Syarie Mawardi Che Man memutuskan sedemikian selepas menolak tunjuk sebab yang dikemukakan Nurshuhaila.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman itu sehingga jam 4.00 petang hari ini bagi membolehkan peguam Saadiah Din memfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya. sumber (rtky/m)

1 comment:

iman nabilah said...

Salam dari segmen yang sama :)Selamat bersegmen ^_^

http://cikimannabila93.blogspot.com/2013/07/pre-raya-giveaway-by-adam-faiz.html

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com