✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, July 11, 2013

Resepi : Bubur Lambuk


Bahan-bahan ( satu periuk untuk 4-5 orang )
1 cawan beras
3 cawan air
4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
2-3 sudu besar rempah kurma
sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing masing (dihiris nipis)
1/2 cawan santan
minyak untuk menumis
daun ketumbar (hiasan)
bawang goreng (hiasan)
garam & gula secukup rasa

Cara-cara
Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah dia kisar bersama.
Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.
Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar.

6 comments:

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

Cik Fie said...

sedapnya :)

Nur Aqilah said...

bestnya bubur lambuk

Yumida Huda said...

sedapnya
kalau org kasi sedekah..sure nak baris 2-3 kali lagi..memang peberet bubur lambuk ni

klo kat sarawak pemes bubur pedas..pun sedap jugak

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

yaAllah!! sedapnyaaaa... dah lama tak makan bubur ni.. terima kasih sebab share resepi

Misz Farisa Farisa said...

Mcm x lengkap je resepi ni. Sedikit tu berapa byk? Terlebih rempah Kang pahit jd nye,, x ke gitu macik2? :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com