✿Baca Entry Yang Lepas✿

Saturday, July 13, 2013

Samsung Galaxy S3 Meletup Dalam Poket Seluar

Fanny Schlatter ,18, cedera apabila Samsung Galaxy S3 dikatakan meletup di dalam poket seluarnya. Dia mendakwa akan membuat aduan terhadap Samsung. Fanny schallater berkata “Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan – seperti mercun. ‘Kemudian saya perasan bau kimia pelik dan seluar kerja saya mula terbakar.’

Dia bergegas ke bilik mandi yang terdekat sebelum memandu ke hospital.


Cik schalleter menjelaskan:”Nasib baik rambut saya telah diikat dan mempunyai sweater yang sukar terbakar”.Beliau kini merancang untuk memfailkan aduan undang-undang terhadap pembuat telefon Korea.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Samsung memberitahu ‘Apabila kami dapat produk tersebut, Pihak kami akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh untuk menentukan punca sebenar kejadian ini. “Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa kami sentiasa bekerja mengawal kualiti yang ketat dan standard keselamatan untuk memastikan kemudahan dan keselamatan pengguna.

Ini bukan kali pertama bateri telefon telah meletup. Di tempat lain, bateri telefon secara spontan terbakar dalam poket belakang seorang lelaki dalam sidang DEFCON hacking di Amerika Syarikat pada tahun 2010, dan pada tahun 2009, seorang lelaki terbunuh apabila telefon beliau meletup sehingga terputus arteri lehernya.

Bulan lalu, satu kebakaran di sebuah rumah Peterborough dianggap berpunca dari letupan sebuah bateri dari telefon bimbit. – Dailymail

9 comments:

Tcca Anuar said...

kita pakai oke je. beli cetak rompak punya kot~

Nur Aqilah said...

bahaya nye. nasib baik pakai hp xpnh ad prob mcm ni. mtx jauh

Vee Lea said...

Wow.. Kena check battery tu betul2. Entah2 yang cikai punya. Huhu.

Mimi Azirah said...

Bhya nih....msti mse bli hp xcheck btul2

Remy hazza said...

remy perasan jugak...kekadang s3 mini nie panas semacam jer.....

Cinta hazanis said...

ingtkn yg uzu punya meletop.:P

Normi Nieza said...

bahayanya..huhu

Cik Fie said...

isyh3 ! bahaya tu :(

Sofiana Cika said...

untuk info.. bateri jenis lithium skang ni mmg kena jaga dengan betul.. walaupun dikatakan ada ciri-ciri keselamatan dimana bila charging full ada sistem yg akan cut power supaya x overcharge... bagaimanapun, sistem ni blom betol-betol terjamin.. dari segi teknikal, effect lain kalau charger yg digunakan bukan ori, atau guna charger jenis lain yg seterusnya menjadikan cas pada bateri jadi x stabil dan menyebabkan sistem keselamatannye gagal... penjagaan bateri amat-amat penting.. kalau dah full, teros matikan cas.. jgn teruskan.. limit cas hanya 3 jam sahaja. 4 jam maximum.... x boleh lebih.. bukan mcm bateri ala-zaman nokia dulu kena cas smpai 6 jam.. salah teknik jadi mcm mangsa tu lah.. abis henpon nye.. data dlm memorykad kompem xleh retrieved balik. abis hilang sume gamba2 kenangan dgn pakwe atau makwe dia.. huhu

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com