✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, July 1, 2013

Sedih ! Ustaz Kazim Elias Dilarang Berceramah


USTAZ KAZIM menyampaikan ceramah agama kepada masyarakat Islam, di Bukit Mertajam semalam. Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mendedahkan ada pemimpin politik di beberapa negeri cuba menyekat program ceramahnya dengan mengeluarkan arahan supaya ia dibatalkan. 

Lebih menyedihkan dakwanya, arahan tersebut datang daripada pemimpin politik beragama Islam dengan alasan, ia boleh menggugat kedudukan kerajaan negeri. D

alam kes terbaharu dakwanya lagi, program ceramah perdana yang dijadualkan berlangsung di satu lokasi di sini pada 5 Julai ini telah diarahkan supaya dibatalkan atas arahan seorang Exco kerajaan negeri.

 “Saya hairan, program ini telah dirancang sejak tiga bulan lalu. Secara tiba-tiba penganjur beritahu, mereka diarahkan supaya dibatalkan pada saat-saat akhir kerana saya merupakan salah seorang penceramah pada program tersebut.

 “Apa yang menyedihkan, arahan tersebut pula datang dari seorang Exco beragama Islam, sepatutnya dia menyokong dan memberi galakan supaya program keagamaan seperti itu diperbanyakkan,” katanya.


6 comments:

Harith Iskandar said...

apa nak buat.masing2 takut pd bayang2 sendiri

Farah Waheda Wahid said...

aduhaiii..macam2 kes sekarang ni... kan ke ceramah tu bagus...

JunAina said...

Dunia...dunia...inilah jadinya bila kita hanya fikir dunia tanpa memandang akhirat.

Normi Nieza said...

tanggunglah akibatnya d akhirat nnt...

Nur Aqilah said...

kasian ustaz. org nk sebarkan dakwah pun nk halang

Cik Fie said...

isyh3 .

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com