✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, July 12, 2013

Terkini ! Kerajaan Beri Bonus Mega 1.4 Juta Penjawat Awam



9 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan. 

“Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai,” kata beliau dalam sidang media di sini hari ini. 

CUEPACS juga berharap agar skuad pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan terus membantu memantau harga barangan dalam pasaran, kata beliau. Pada tahun lepas, kerajaan memberi bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dan pemberian bonus tersebut merupakan yang terbaik pernah diberikan oleh kerajaan setakat ini. Katanya, bersempena dengan kedatangan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti semestinyalah penjawat awam mengharapkan bantuan dalam bentuk bonus daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan mereka.

11 comments:

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Baca tajuk mcm dh dapat..hahaha ;p

Pn.bayu said...

boleh tak cakap...saya JELES...hahahahaha... harap perkhidmatan pon makin superb macam bonus yang diorang dapat.

Qaleshya Umairah said...

yuuhuuu.. en. suami .. ?? jeng2 !! kehkeh

Penjejak Mimpi said...

Cis! Tertipu kejap. Ingatkan dah dapat... Baru nak berangan... huhu...

ruslie said...

saya janji janji akan beri bonus kat kakitangan awam janji janji... 1 lagi..

Siti Rohaida Yusof said...

hopefully dapat...hehe

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

swasta? hmmm

Ija Rased said...

kalau dapat,alhamdulilah

Cik Fie said...

wah ! bestnya :)

Humairah Jimat said...

hopefully dpt=)amin.

PT said...

Yer ke dapat

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com