Cubaan seorang ibu menyelamatkan dua anak perempuannya dengan keluar melalui tingkap jeriji gagal kerana ia berkunci menyebabkan ketiga-tiga beranak itu rentung dalam kebakaran membabitkan rumah kedai yang mereka diami di Jalan Lama Beluran Dua, Sabah, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mayat Siti Jainah Abd Razak, 32, bersama dua anaknya, Siti Noraznizah Husin, 9, dan Siti Norajikah Husin, 5, berasal dari Kampung Kolapis, ditemui berpelukan di bilik mandi bahagian atas rumah kedai mereka.
Tiga beranak itu terperangkap selepas gagal membuka tingkap jeriji yang berkunci, manakala suaminya, Husin Ismail, 30-an, dan anak lelaki sulung mereka, Azrul Nizam, 12, yang ketika kejadian berada di tingkat bawah, sempat menyelamatkan diri.
Kebakaran itu memusnahkan sebahagian daripada ruangan restoran dan Pejabat Perhubungan Parlimen Beluran yang terletak bersebelahan kedai menjual perkakas rumah terbabit.
Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V Sivanathan berkata, ketika kejadian, mangsa bersama dua anak perempuannya tidur di tingkat atas kedai berkenaan, namun mereka terjaga apabila berlaku kebakaran dan cuba menyelamatkan diri.
7 Sila Komen:
rasanya pernah terbaca berita ni juga few months back kan?
Dah lama tak dengar pasal kes jeriji ini..
Sekarang kan..jeriji yang dah boleh buka dari dalam..adusss
itulah keburukannya klu jeriji yang xblh buka dr dlam..huhu
jeriji pembunuh sgt...
jeriji nie kena pasang yang dari dalam rumah.....
dulu pun ada berita pasal nie jugak..
pasal jeriji tu jugk
isyh3 .
Post a Comment